Friday, August 12, 2011

Kasih Alia

Hi!.....korang tengok tak cite "Kasih Alia" jam 7.00 petang. Cite tue mengisahkn kes penculikan kanak-kanak untuk ambil organ mereka. Kesian kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kejam manusia durjana. Sebelum organ mereka diambil, mereka dipaksa menjadi pengemis pula. Setelah organ mereka diambil, mayat mereka di masukkan di dalam plastik dan dicampakkan di dalam sungai sahaja. MasyaAllah......sungguh kejam.

Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Semua penjenayah terbabit telah ditangkap polis. Kehidupan kanak-kanak pun kembalikan ceria dan begitu juga dengan ibu bapa yang sentiasa dilanda kerisauan akan kes sedemikian.

Sebenarnya cite itu mengisahkan adalah kisah benar. Kalau seingat aku memang sebelum-sebelum ini ada dengar dan ada kelaur berita tentang kes sedemikian. Penjenayah itu mengumpan kanak-kanak dengan memberi ais krim dan gula-gula lolipop yang besar. Nama pun budak, mereka sudah tentu suka ais krim dan gula-gula lolipop betul tak? masa aku budak dan sampai sekarang pun aku suka makanan tue...hihihi...tapi tak lh sejakun masa kanak-kanak dulu.

Sekarang zaman dah canggih, tak mustahil perkara sedemikian tak akan berlaku lagi. So, jaga lah anak-anak masing-masing terutama ketika shooping, di pasar, di stesen bas, di taman permainan dan tempat-tempat yang tiada orang jaga anak-anak anda. Pastikan salah seorang ibu bapa atau penjaga bergilir-gilir menjaga anak-anak anda jangan dibiarkan mereka bersendirian. MERBAHAYA!

Cite "Kasih Alia" nie bukan sahaja mengisahkan kes penculikan tapi bercampur..anda ingin tahu anda tonton lah cite itu di TV3 jam 7.00 ptg setiap hari isnin hingga khamis. Selamat menonton.....


silalah comment post ini...

Fida jatuh hati dengan tandatangan Mamat

Berita nie aku dapat drp Yahoo pd 11 ogos semalam dimana Fida  "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" telah jatuh hati dengan tandatangan mamat "Raja Lawak kumpulan Sepah". Daripada tandatangan pun boleh membuatkan orang jatuh hati kn!. Kalau korang nak tahu tandatngan Mamat adalah dalam bahasa JAWI sebab tue Fida jatuh hati sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL,"



Fida juga telah mengaku bahawa mereka sekarang dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja 6 bulan. Ermmm....aku rasa pilihan Mamat memang betul dan begitu juga dengan Fida.

Bagi Fida Mamat di matanya, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya." "Salah satu sebab lagi yang membuatkan Fida jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ Fida mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab."

Kalau bab soal jodoh pula, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

InsyaAllah diizinkan Allah aku doakan hubungan mereka berpanjangan hingga diijab kabulkan dan sepanjang hayat. Pasti ceria je hubungan mereka hingga tak kering gusi Fida dibuatnya Mamat..hihihihi...

silalah comment post ini...