Hari ini aku ada temujanji di klinik. Maklumlah dah nak jadi ibu lah katakan.....kena lalui liku-liku ini sehingga lh baby ku dilahirkan kelak. Hari ini aku kena ambek darah dan minum air gula. Sebelum ini kebanyakan orang dok kata, payah nak menghabiskan air gula. Ada juga sampai tak terletan rasenya dan ada juga lepas minum terus termuntah....Tapi, alhamdulillah aku BERJAYA menghabiskannya dengan hanya sekali minum sahaja tapi....hanya dapat bertahan lebih kurang 1 jam lebih, lepas tue dah tak leh tahan dah, terus pergi bilik air muntah. Sampai muntah kuning dibuatnya. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu tekak dan perut masa menunggu 2 jam tue.
Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung mesti tahu kn lepas minum air gula kena tunggu 2 jam lepas tue kena ambek darah lagi sekali. Dah lah dalam tempoh 2 jam tak leh minum air apa-apa, lepas ambek darah baru boleh minum air...Nasib baik misi tak tanya, ada muntah tak? aku takut jugak kena minum air gula lagi sekali..
Harap-harap hanya sekali ini je kena minum air gula. Tak tahan perut sebabnya kena puasa dri jam 10.00 malam hinggalah pagi esoknya untuk minum air gula. Lemah-lesu badan dibuatnya...Demi untuk mendapatkan zuriat dan kesihatan baby ku, aku kenalah gagahkan diri ini.
Nampak orang lain mengandung macam senang dan syok je....tapi alahan-alahannya yang tak tahan...tak pe demi anak mama seorang nie, mama akan kuatkan semangat ye...anak mama bila keluarkan nanti jadi anak yang soleh/solehah ye....
silalah comment post ini...