Monday, August 5, 2013

DOA2 DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK

✔Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa ✔Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 ✔Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 ✔Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5 ✔Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....
silalah comment post ini...

Berbisik di telinga Anak

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... ✔setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. ✔membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. ✔Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ✔ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Sama-sama lah kita berkongsi ilmu..
silalah comment post ini...

Inginkan Zuriat?

Di sini sya ingin kongsikan sepotong ayat dari al-Quran yang mungkin anda boleh amalkan khususnya bagi mereka yang inginkan zuriat. Usaha tangga kejayaan. Di bawah ini ayatnya:
Boleh lah anda mencubanya. Kuasa di tangan Allah SWT. InsyaAllah berkat keizinannya anda akan memperolehi apa yang anda hajati. Selamat Beramal! silalah comment post ini...

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum kawan2 blogger.... Kemeriahan dan aura hari raya dah terasa sekarang ni, hal maklumlah tinggal 2 hari je lagi insyaallah semua umat islam akan menyambut hari raya audilfitri. masa ni lah sibuk memasang langsir baru, buat kuih mana yang rasa tak cukup lagi, kemas rumah dsb. Bukan itu sahaja ada juga masa ni lah baru nak mencari baju raya, ada tu malam raya baru nak cari. Katanya lebih murah tapi, pilihan dah kurang tinggal yang kurang menarik lah. Siang semalam, saya sibuk mengemas rumah emak saya. Malamnya pulak pasang langsir baru di rumah ibu mertua. Bila dah sibuk2 ni, baru terasa raya dah nak tiba. Semangat nak raya pun tiba2 teruja pulak. ahaks!. Hari sabtu lepas shopping baju raya anak, masyaallah berhabis sampai RM300.00. baju budak lebih mahal dari baju dewasa. Kalau sendiri RM50.00 pun susuah je nak keluar duit tapi bila baju anak RM109.00 pun takpa. Hahaha...ambik ko RM300.00 dalam sekelip mata habis. Itulah dia pengorbanan papa n mama terhadap anaknya. Dikesempatan ini, sya ingin mengingatkan kepada pemandu2 berhati2 di jalan raya dan merancanglah perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sya juga ingin memohon maaf zahir dan batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI silalah comment post ini...