Thursday, October 6, 2011

Asyikkkk....berubah shaja naik malu dibuatnya...

Hermmmmm.......minggu nie aku banyak buat call luar untuk memaklumkan tarikh mesyuarat. Biasalah kn bila bermesyuarat dengan orang-orang besar nie bukannye senang nak tetapkan tarikh. Selalu berubah, tak tarikh, masa berubah. Bila dah dapat tarikh, ahli mesyuarat pulak kene pastikan dapat hadir ke tidak?, kalau tak, tak boleh jugak buat mesyuarat...

Tapi....nasib baik PA-PA diaorang nie hanya dengar suara aku je..kalau jumpa, hemmm...tak tahulah nak letak kat mana, malu dibuatnya...hehehehe...alhamdulillah PA-PA diaorang dan ahli sendiri faham bila time mesyuarat yang pihak aku handle nie memang begitu. Sampaikan PA pengerusi pun cakap ngan aku nak malu dia dibuatnya asyik maklumkan pada aku akan perubahan tarikh atau masa.

Biasalah lh kan...bukan sahaja bermesyuarat dengan orang-orang besar sahaja, kadang-kadang bermesyuarat dengan orang biasa-biasa pun sama. Mesyuarat kampung pun begitu jugak. Semuanya bergantung dengan pengerusi dan juga ahli mesyuarat.

Ini lah dia alam pekerjaan....nak tak nak, suka tak suka, kene jugak tempuh dengan penuh kesabaran...do the best!

silalah comment post ini...

Seminggu di KL

Bulan September yang lepas boleh dikatakan seminggu aku di Kuala Lumpur (KL). Mula-mula tue pergi majlis hari raya KKLW dan balik semula dan esoknya pergi KUD pula. Hotel pun hotel yang sama seperti pergi majlis hari raya iaitu Hotel Capitol. Hotel Capitol nie di Bukit Bintang boleh dikatakan di tengah-tengah bandar lh... Terima kasih lh company aku kerana mencalon aku untuk kedua-dua majlis tue. Kalau tak sudah tentu entah bila aku dapat datang ke Bukit Bintang tue dan tidor hotel mewah. Sebelum nie cuma dengar-dengar dan tengok gambar je di internet dan media cetak, perginya tak jugak. Sama juga macam plaza Lowyat, Pavillion...sekarang kedua-duanya aku dah pergi dan masuk merayap di plaza tue..


 
Kalau diberi peluang lagi tak lah jadi orang jakun....hahaha...Putrajaya? pun sama dah pergi dah puas bergambar, dah sembahyang di Masjid Putrajaya, dah lalu jambatan cantik putrajaya....tapi ini semua aktiviti jabatan yang ada buat di sana. Alhamdulillah.....syukur, secara tak langsung 2 in 1.

Lepas nie dapat tak pergi tempat lain pulak? tercalon tak?.....hehehehe... 


silalah comment post ini...