Thursday, June 30, 2011

Jauh di Mata tapi Dekat di Hati

Hari ni En.Bee pergi Kuala Pilah. Tinggal aku keseorangan...ermmmm.....rindulh.... En.bee pergi sampai hari Isnin pulak tue lamanya...ingat kat Sayanggg...ye...hehehe... jangan jealouss.........

Walau pun jauh di mata tapi dekat di hati....ini lh sebenarnya entry aku yang aku nak citekan. Aku tahu ramai sebenarnya yang tinggal berjauhan dengan suami di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia lah..tapi di luar negara pun sama jugak. Tapi bagi isteri/suami yang jujur dan setia pasti mereka setuju dengan entry aku nie...korang setuju tak?????? Bila dia ada di hati bermakna dimana pun kita berada orang kesayangan kita tetap dekat ngan kita. Dia lah orang pertama yang akan kita hubungi dan ingat selain ibu bapa kita..

Bila dekat di hati, apa-apa lebih diutamakan untuk dia. Sampaikan membeli-belah dan makan pun ingat orang tersayang...Begitu kuat kuasa kasih sayang nie... Ada kata orang tinggal berjauhan nie lebih mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain? tapi, pada aku sama je...baik tinggal sama-sama mahu pun berjauhan ada baik dan buruknya. Sedangkan tinggal sama boleh bergaduh apatah lagi tinggal jauh. Tinggal jauh nie tekanannye lebih sikit dan dugaannya pun kuat sikit berbanding yang tinggal bersama.


Bila tinggal berjauhan ada banyak perkara yang perlu dilakukan bersama bila bertemu agar kasih sayang tak hilang.....
  • kene banyak berhubung antara satu lain.
  • Kerap menyambut hari bahagia bersama
  • elakkan bergaduh bila berjumpa
  • Masak makanan kegemarannya bila dia balik
  • beli hadiah istimewa untuknya,
  • Say I Love U, I Miss U, dll

Tapi percayalh, kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jujur, setia dan iman. InsyaAllah rumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....So, sama-samalh kita berdoa untuk keluarga sendiri agar rumahtangga yang kita bina ini diredhai Allah dan kekal bahagia hingga akhir hayat..aminn...

Kebulur...

Ish!ish!ish!!!!aku baru je dapat berita buruk belaku. Aku tak tahu lah nak cakap orang yang bersikap demikian. Korang nak tahu tak citenya? begini ceritanya....

Biasalh setiap kali mesyuarat pasti ada makan kn. Urusetia dah oder makan untuk semua ahli mesyuarat dan dilebihkan. Tapi ada orang-orang yang bersikap tak tahu malu, kebulur sangat agaknya, dia ambek makanan mesyuarat tue tanpa pengetahuan orang yang hidangkan tue. Masa makanan tue sampai mamat yang hidang kuih tue dah hidang sikit pada ahli yang hadir dan tinggal lagi sikit mana yang belum hadir. Budak tue siap tutup makanan yang tinggal tue supaya jangan diambil. Tetapi apabila budak tue balik dari ambek tarmos kat unit lain, tiba-tiba dia tengok kuih tue dah tinggal satu. Sedangkan dia belum habis hidangkan untuk semua ahli mesyuarat. Tak keruan budak tue dibuatnya dan dia pun maklumkan lh pada urusetia....Urusetia pun dah tak leh nak kata apa....nak salahkan budak mamat tue, bukan salah dia, yang salah adlah orang yang kebulur tue...

Budak mamat tue ada jugak lh bising-bising tapi mana ada orang nak mengaku dia buat salah ye tak?.. Benda pun dh jadi nak buat macam ne lagi.... Redha aje ler yang tak dapat makan tue... Nasib baik ada bos yang tidak kisah tapi kisah jugak agaknya tapi malu nak cakap. hehehe.....

Sepatutnya kalau ia pun teringin sangat nak makan ke minum ke, minta izinlh ngan budak tue dulu, tanya ada lebih ke tak?, ini tak terus je ambik tanpa pengetahuan budak tue. Dah budak mamat tue tak keruan dibuatnya krn makanan mesyuarat tak cukup...

So, kawan-kawan semua ingat lh kalau ia pun dah kebulur sesangat petang-petang tue, kalau ada makanan mesyuarat, beringatlah minta izin dulu sebab makanan tue bukan hak kita lain lh kita yang masuk mesyuarat tue....ingat ye kengkawan....

Siap Akhirnya..

yeh..yeh.......akhirnya berjaya disiapkan semua senarai semak untuk exit conference petang nie. Sekarang nie bos n scd. bos tengah bermesyuarat. Aku n the geng hureyyyy....tak masuk sekali dalam mesyuarat tue, kalau tak tentu kne balik lambat. Tq lh bos.

Beberapa hari nie aku ringanlh sikit beban tugas, lepas nie budak lagi seorang dah tamat. begitu aje ler...asyik bertukar orang saje....Alamatnya tak cukup tangan lh aku dibuatnya. Lepas nie aku sibuk ngan mesyuarat Jawatankuasa audit pulak. Huh! kerja tak habis-habis, sampai mati pun tak habis... Bukan mengeluh cuma lepaskan hembus dan angin dalam badan je...nnti kalau banyak sangat angin dalam badan kn susah...tak pasal-pasal kne sakit perut pulak. Sakit perut tak pe, kalau berangin kan susah..habis semua orang kene marah...hehehe....

Tempat unit aku nie tak ramai, cuma 5 orang saje termasuk bos. 1 tahun 5 laporan kene keluar. Nampak memang sikit tapi nak buatnya bukan mudah tau...nak cek sana nak cek sini, pergi sana, pergi sini. Letih badan nie...

Kalau dulu sebelum kahwin boleh lh overtime sampai malam dan sekarang dah kahwin tak leh lh... Pulak tue sekarang duduk rumah mak mertua, kalau balik lambat sikit serba salah dibuatnya tapi dh tugas kn nak buat macamne. Nasib baik En.Bee memahami. Terima kasih En.Bee kerana memahami sayang... Walaupun aku balik lambat, bila aku sampai sahaja rumah terus siapkan makan malam untuk keluarga tau!. Aku masak lauk... yang mak mertua aku dah masak untuk dipanaskan dan tiggal masak sayur je. Hehehehe.....bertuah punya menantu...ok lh tue, mak mertua dh masak mesti kene makan kalau tak, dia mengajuk lagi susah. So, apa yang dimasak makan saje.... Setakat nie aku dan En.Bee tak cerewet, apa yang dimasak, kitaorang makan.

Eh..eh...dah kelain pulak lari tajuk entry yerk?.hehehe...kerja-kerja menyemak semua dah siap, tinggal nak buat report je. Alhamdulillah....