Tuesday, January 31, 2012

Berat Badan dah BERTAMBAH!!!!!

Semalam aku ada temujanji check kandungan macam biasa...Alhamdulillah semuanya ok. Terutamanya BSP aku dah naik semula daripada 10.8 kepada 11.8. Memang bimbang kalau bacaan BSP aku turun sebabnya ia boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin nanti. Lagi satu berita yang dijangka ialah berat badan aku DAH NAIK daripada 47.5kg kepada 49.9kg. Semuanya dah rasa kembang dan berat.

Errmmmm......aku rasa aku kena target berat badan aku naik setakat 54kg je. Kalau terlebih bahaya, susah aku nak turunkan berat badan nanti..

silalah comment post ini...

Monday, January 30, 2012

Sambal Belangkas

Ermmm......yum..yum....sedapnya belangkas masak sambal. Lauk nie adalah salah satu kesukaan suami aku. Kalau makan lauk nie mesti sampai bertambah nasi. Aku pun baru je belajar masak lauk nie. Bukan baru belajar tapi, baru first time masak lauk kesukaan suami. Selalunya emak mertua aku yang masak. Air tangan emak nie lebih sedap. Lagi pun aku tak berapa pandailah siang belangkas nie. Aku akan belajar macam mana nak siang belangkas sebab biladah duduk sendiri bolehlah masak sendiri. Hehehe....tapi entah bilalah agaknya...


Gambar Hiasan

Alhamulillah hari demi hari, sedikit sebanyak aku dah pandai memasak. Cuma rasanye je lah tak sesedap macam emak masak. Biasalah isteri baru nak belajar memasak. Terpaksalah terima hakikat. hehehe.....Tapi suami aku bertambah jugak kalau makan masakan aku. Tak tahulah kerana sedap atau lapar. hahahaha...selalunya makan memang time makan dan perut lapar.

Jangan risau ye en. suami, saya akan belajar lagi masak masakan yang lain pula.

silalah comment post ini...

Sunday, January 22, 2012

BR1M

Alhamdulillah BR1M telah mula diagihkan kepada yang layak menerima. TAHNIAH! kepada sapa yang dapat BR1M. Semoga orang yang dapat tue memang benar-benar layak dapat. Tetapi BR1M nie diberi berperingkat-peringkat. So,bagi sapa yang belum menerima surat harap bersabar ye. Kalau aku tak silap jugak sapa yang tak dapat boleh buat rayuan. So, sapa yang nak buat rayuan tue pastikan dapat pengesahan dulu ye.

Semoga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Gunalah wang tersebut dengan tujuan yang betul. Peluang hanya sekali, ambil dan gunalah dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada KERAJAAN kerana memahami rakyat.


silalah comment post ini...

Thursday, January 19, 2012

sELAMAT TaHuN BaRu CiNa

Gong Xi Fa Chai!!!!!!!


Selamat menyambut tahun baru cina bagi yang menyambut. Semoga cuti kali ini memberi kenangan yang terindah buat anda dan hidup anda bahagia. Diingat juga, janganlah terlalu suka nanti berduka pula. Berhati-hati lah dijalan raya dan dimana jua anda berada serta jagalah keselamatan barang berharga anda jika keluar dari rumah.


Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Walau pun sekadar 4 hari sahaja bercuti tetapi memberi makna buat keluarga anda yang memang sedang menunggu kepulangan anda terutamanya bagi yang kerja jauh dari keluarga hanya sesekali sahaja dapat bersama keluarga. Gunalah masa cuti ini dengan sepenuhnya dan curahkanlah kasih anda kepada keluarga anda. Ini adalah kerana anda amat bermakna dan segala-galanya pada mereka.

"INGATLAH ORANG TERSAYANG"
"GONG XI FA CHAI"


silalah comment post ini...

Serbasalah...

Perasaan serbasalah dalam diri nie masih terasa lagi walau pun perkara itu sudah berlalu. Adakah aku nie zalim? ermmm.....entah lah...aku rasa aku tak sezalim macam firaun. Aku dah offer tapi ditolak atas sebab yang munasabah dan boleh diterima akal juga. Walau bagaimanapun, perasaan serbasalah aku nie masih aku terasa dan kadang-kadang merasa seperti berdosa pula.

Ia bukan kesilapan aku atau sesiapa jua, ia adalah keadaan yang menjadi puncanya aku merasa sedemikian. Aaahhhh!!!!!!! biarlah ia berlalu begitu sahaja. Sekarang pun keadaan sudah seperti biasa, nak buat apa lagi memikirkan sangat tentang perasaan yang bermain-main di dalam diri, nanti memakan diri susah pulak aku.

Lagi pun sudah diputuskan bagaimana hendak memulihkan keadaan serbasalah. So, ikut sahaja apa yang telah dirancangkan.

silalah comment post ini...

Pening Kepala Nak Buat Baju Mengandung...

Kepala aku jadi pening bila difikirkan pasal baju mengandung. Kain dah ada tapi tak tahu nak buat fasyen macam mana. Kalau boleh aku naklah yang fasyen moden sikit. Tapi kainnya macam kain baju kurug coraknya. Adakah sesuai????

Baju tue pulak nak dipakai pada bulan Mac 2012 nie. Bila dah malas nak fikir lagi dan aku buat keputusan mintak mak kak imal tolong jahitkan macam baju kak emal dan ct. Baju di kedai yang dah siap memang banyak tapi oleh kerana nak sama, tue yang terpaksa kena buat baju mengandung. Kalau tak silap aku bulan Mac tue aku dah masuk 5 bulan. Baju-baju kurung aku sekarang semuanya dah tak leh nak kanceng kainnya. Jadi aku kenalah buat baju mengandung baru selesa sikit nanti.

Setakat nie memang aku belum prepay apa-apa lagi. Pergi kerja pun masih pakai baju kurung, cuma kalau seluar je aku dah pakai seluar lembut. Seluar jeans aku dah tak muat dah. Perkara remeh macam nie pun boleh jadi pening kepala kan...kalau dah namanya perempuan memang macam nie lh. Nak kata tak cerewet, cerewet jugak, nak kata memilih, memilih jugak..apa pun tak boleh.

So, sekarang dah final mintak mak kak imal tolong jahitkan. Dah tak nak dah fikirkan pasal baju tue. lepas nie beli yang dah siap je senang tak pening kepala nak buat fasyen macam mana. Baju mengandung pun pakainya bila mengandung je, dah tak mengandung bajunya ye simpan je.....Macam mana rupanya baju tue aku pun tak dapat nak bayangkan. Bak kata ct cantik. InsyaAllah kalau tak de aral melintang hari jumaat nie aku nak tempah ngan kak imal. Aku rasa perut aku pun taklah besar mana...dah masuk 4 bulan pun masih belum nampak sangat. Mudah-mudahan sesuai dan selesa bila dipakai nanti.


silalah comment post ini...

Tuesday, January 17, 2012

Mood bersolek

Sebelum nie aku adalah seorang yang zero tentang solek menyolek nie. Alat solek pun tak de kecuali krim safi, bedak kompek dan gincu saje. Tapi aku suka tengok orang bersolek. Nak nak bila majlis kahwin, suka tengok mak andam solek. Tapi alat-alat solek mak andam semuanya lengkap dan mahal...aku manalah mampu nak belinya, nak mencuri nanti kena tangkap pulak....hehehe... Takdelah sampai ada niat nak mencuri...ish! sih! tak aik tau curi curi...

Aku mula belajar solek selepas aku tunang. Itu pun sebab hadiah hantaran ada alat solek. Daripada belapok begitu je tak diguna, aku pun cuba-cubalah menenyeh warna-warni di muka ku yang cantik nie...ceh! perasan lah pulak...hahaha... Semenjak itu lah aku dah start menceriakan dan mencantikkan lagi wajah ku yang memang dah cantik. Belajar lah dari kawan-kawan, tengok dalam majalah, youtube dan macam-macam lagi.

Yelah kn...dah bertunang so, kenalah jaga penampilan takut tunang lari kononnya...tapi malang tidak berbau, wajah cantik pun belum tentu kecapi bahagia sentiasa. Tak mustahil wajah tak cantik tapi, dapat pasangan hidup hansome gilesss dan bahagia. Eh! dah lari dari topik ke aku nie...continue semula.. 

Sehinggalah sekarang aku dah solek menyolek nie. Lagi pun aku rasa aku perlu berani mencuba yang baik untuk diriku juga. Suamiku pun tak pernah menghalang aku daripada bersolek.

Tapi kn.......setela aku disahkan hamil, masa awal mengandung, mood bersolek memang tak de, yang ada mood "RAJIN" (Sebalikya lah). hahaha... kadang-kadang pakai bedak pun rajin. Apa punya moodlah....Tapi semenjak 2 menjak nie mood tue datang balik. Aku mula mencuba cara solek yang baru. Siap berteleku depan skrin komputer tengok minah saleh bersolek dalam youtube. Bagus, dari mula ia tujuk step by step. Salah satu laman web yang aku tengok ialah http://www.jangsara.blogspot.com/ Sekiranya anda di luar sana ada yang teringin nak belajar macam aku boleh lh layari laman web tue ye. Selamat belajar.


Ini salah satunya hasilnya

Nak tahu banyak lagi caranya layarilah laman web tersebut.



silalah comment post ini...

Makan, Makan,Makan..

Semenjak aku mengandung nie, asyik nak makan je.... Bekalan makanan mesti ada untuk pagi dan petang. Kalau tak makan nanti perut masuk angin dan mulalah berirama macammacam lagu dalam perut nie. Berirama je tak pe, yang tak syoknya kalau meragam yang bukan-bukan dan tekak pun mula lah memainkan peranannya untuk mengeluarkan semula apayang dimakan. Inilah yang aku paling tak sua sekali "MUNTAH".

Kalau beli sarapan yang ringan mesti beli lebih. Macam hari tue bli bubur dan nasi lemak. Bubur makan jam 10 pg dan nasi lemak makan jam 1.00 ptg. Makan, makan jugak...takut terlebih comel pun ada jugak. Badan nie kalau nak naik cepat dan mudah je, tapi kalau nak turun punyalah payah.

Walau bagaimanapun aku bersyukur tiada masalah lain hanya selera makan aku je yang luar dari biasa. Harap-harap anak aku sihat dan comel bila keluar nanti. Kalau buah-buahan jangan dikata, kalau boleh dalam peti ais mesti ada buah dan hari-hari nak makan buah. Antara buah yang aku suka makan ialah buah jambu air madu. Jangan kata aku sorang je suka makan, suami tercinta pun sama. Kalau beli buah tue, dia sesaje yang membedalnya.... hermmm.....apa lagi pau dia jelah tolong belikan buah.hehehehe...

Ini lah dia kenangan manis semasa mengandung. Sungguh indah alam mengandung nie. Tapi....belum alam kelahiran lagi. Bab nie aku belum boleh kongsi lagi sebab aku belum merasainya lagi. Bila dengar cecite kawan-kawan, takut ada, tak sabar ada dan macam-macamlah menghantui perasaan nie. Keadaan sebenarnya nanti bulan Jun 2012. Tungguuuuu.........harap-harap aku dan baby selamat serta sempurna dan normal.

silalah comment post ini...

Susu??? Perlu ke Minum Susu???!!!

Susu?!, perlu ke ibu mengandung kena minum susu?, kalau tak minum tak leh ke?, apa akan terjadi pada my baby?.....macam-macam perseolan bermain di fikiran. Ini semua adalah kerana aku tak minum susu. Bau susu pun dah macam nak muntah. Jangan kata susu Horlick pun aku tak minum. Tapiiiii.....kuasa Tuhan, aku hamil nie aku boleh minum susu dengan syarat susu tue sejuk. Susu yang aku minum pun aku beli yang dalam kotak je. Kalau susu tepung...lagi lh tak leh nak telan dan bau.




Ha....ini lah die susu yang aku minum hari-hari. 1 kotak besar untuk seminggu. So, sebulan 4 atau 5 kotak. Sebelum nie ada jugak aku mencuba minum susu anmum. hanya beberapa hari je aku boleh telan susu tue. Sungguh memuakkan dan meloyakan tekak aku. Akhirnya aku dah tak minum susu tue lagi.






Susu enfa mama a+ je aku belum try. Aku ingat nak try jugak. Katanya bagus untuk baby. baby akan jadi cerdik. Ibu mana-mana pun akan nak tengok anaknya membesar dengan sihat dan cerdik, betul tak?. Aku pun mengidamkan anak seperti tue, bukan sahaja cerdik tapi anak yang soleh dan solehah (lagi penting). Ini kerana dia akan menjadi anak yang baik dan menghormati orang disekelilingnya terutama ibu bapanya serta berjaya dalam hidup.



silalah comment post ini...

CuBa TrY TeSt

Berhari-hari aku menjelajah blog ini untuk aku dapatkan balik page view blog aku. Akhirnya setelah aku cuba try test, aku menjumpai apakah puncanya aku tak leh view my page blog. Puncanya ialah disebabkan iklan churpchrup diletakkan di atas. So, sekarang iklan chrupchrup aku pindahkan ke bawah.


Tapi....aku tak pastilah orang lain adakah sama senasib macam aku tak leh baca my entry. Tak pe tak pe yu all, sekarang dah boleh. Full page view. Cuma background je aku dah ubah. Aku harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Menganggu jiwa dan imosi aku untuk berblog. So, sekarang aku dah happyyyyy........my blog dah pulih seperti biasa. Walau pun kat opis aku nie sekarang FB kne blok pulak, aku tak lah rasa bosan sangat sebab aku boleh berblog.

time tumpukan pada kerja pulak dengan hati yang berbunga-bunga....lalalalalala.....

silalah comment post ini...

Friday, January 13, 2012

MUSIM ROMPAK

Semenjak dua menjak nie kecoh pasal rumah dimasuki pencuri/perompak. Mula-mula kecoh di AT5, kalau tak silap aku lebih kurang RM22,000.00 lesap, 2 handphone dan barang kemas dalam beberapa minit satu malam sahaja.


Perggghhhhh! lumayan...lumayan..... orang punyalah susah nak kumpul duit sebanyak tue, salah imat makan bertahun-tahun baru dapat kumpul duit sebanyak tue kn!. Pencuri tue senang-senang je ambil. Haaa...tue bab di AT5, semalam (12.1.2012) aku dapat berita di Bandar Penawar pulak. Masyaallah....dimana-mana saje ada perompak kn. Ini yang membuat aku semakin risau. Yelah walaupun aku nie bukan orang berduit tapi perlu berjaga-jaga jugak. Perompak nie bukannya dia kira, rumah buruk pun diaorang boleh masuk merompak. Lagi yang membimbangkan kalau ada melibatkan nyawa...ish! ish! masayaalah..jauhkan lah kami sekeluarga daripada perkara ini terjadi pada kami.

So, kawan-kawan di luar sana, perlulah berhati-hati ye. Pastikan sebelum tidur, sebelum keluar rumah pintu dikunci, tingkat ditutup rapat dan di lock, barang-barang berharga simpan lah di tempat yang selamat.



silalah comment post ini...

Thursday, January 12, 2012

PeRuBaHaN

Hi! my blog sekarang wajah baru kn..sebenarnya aku rela terpaksa menggunakan wajah baru nie sebabnya dah takde lagi gambar-gambar aku dan iklan churpchrup utk aku kongsi ngan korang...

My komputer nie bengong sikit so, nak tak nak cuba lah yang baru nie. Semoga info-info aku yang akan datang kita boleh berkongsi bersama ye.

Ok lah, aku pun dah takde masa dan tak boleh nak fikir apa lagi yang nak di tulis serta dah tak sabar nak balik rumah. So see u soon...


silalah comment post ini...

Wednesday, January 11, 2012

Kehamilan - 16 Minggu

USIA KEHAMILAN: 16 MINGGU
Category : Usia Kehamilan: 16 Minggu

Ermmm.....sekejap je usia kehamilan ku dh masuk ke 16 minggu. Tapi perasaan kerisauan tue ada jugak dalam hati ini. Semoga kandungan aku dan aku selamat serta sihat sehingga baby ku dilahirkan nanti. So, di sini ada sedikit tentang usia kehamilan minggu ke-16 untuk dikongsi bersama...

Pertumbuhan Janin

Bersiaplah untuk pertumbuhan yang signifikan. Saat ini bayi Anda meningkat panjangnya menjadi 4,5 inch dengan berat 3,5 ons. Kakinya sudah semakin berkembang, kepalanya lebih tegak, matanya bergerak lebih dekat ke bagian depan kepalanya, telinganya telah dekat dengan posisi akhir mereka, kukunya pun mulai tumbuh.  Banyak perkembangan yang terjadi di organ dalamnya. Sebagai contoh, hatinya sekarang memompa sekitar 25 galon darah setiap hari, dan jumlah ini akan terus meningkat seiring dengan perkembangannya.  

Perubahan Diri pada Ibu Hamil

Bagian atas uterus berada di sekitar pertengahan antara tulang kemaluan dan pusar, ligamen yang berada di sekeliling untuk mendukungnya mulai menebal dan meregang. Anda mulai merasa lebih baik dan nyaman dengan kehamilan saat ini. Rasa mual mulai berkurang dan perubahan mood pun lebih jarang terjadi.
Tidak lama lagi Anda pun akan mengalami masa-masa menakjubkan selama kehamilan, yaitu merasakan pergerakan bayi di dalam perut. Di saat beberapa ibu hamil merasakan pergerakan ini di awal minggu ke-16, banyak juga yang tidak merasakannya sampai usia kehamilan mencapai minggu ke-18. Jika saat ini adalah kehamilan pertama Anda, maka bersabarlah karena bisa jadi Anda baru merasakan pergerakannya di dalam perut ketika usia kehamilan mencapai 20 minggu. Di awal gerakannya, mungkin terasa seperti berdebar, gelembung gas, atau bahkan seperti letusan popcorn. Pada minggu-minggu berkutnya, ia akan tumbuh lebih kuat dan frekuensinya semakin meningkat.


silalah comment post ini...