Monday, January 30, 2012

Sambal Belangkas

Ermmm......yum..yum....sedapnya belangkas masak sambal. Lauk nie adalah salah satu kesukaan suami aku. Kalau makan lauk nie mesti sampai bertambah nasi. Aku pun baru je belajar masak lauk nie. Bukan baru belajar tapi, baru first time masak lauk kesukaan suami. Selalunya emak mertua aku yang masak. Air tangan emak nie lebih sedap. Lagi pun aku tak berapa pandailah siang belangkas nie. Aku akan belajar macam mana nak siang belangkas sebab biladah duduk sendiri bolehlah masak sendiri. Hehehe....tapi entah bilalah agaknya...


Gambar Hiasan

Alhamulillah hari demi hari, sedikit sebanyak aku dah pandai memasak. Cuma rasanye je lah tak sesedap macam emak masak. Biasalah isteri baru nak belajar memasak. Terpaksalah terima hakikat. hehehe.....Tapi suami aku bertambah jugak kalau makan masakan aku. Tak tahulah kerana sedap atau lapar. hahahaha...selalunya makan memang time makan dan perut lapar.

Jangan risau ye en. suami, saya akan belajar lagi masak masakan yang lain pula.

silalah comment post ini...

2 comments: