Sebelum nie aku adalah seorang yang zero tentang solek menyolek nie. Alat solek pun tak de kecuali krim safi, bedak kompek dan gincu saje. Tapi aku suka tengok orang bersolek. Nak nak bila majlis kahwin, suka tengok mak andam solek. Tapi alat-alat solek mak andam semuanya lengkap dan mahal...aku manalah mampu nak belinya, nak mencuri nanti kena tangkap pulak....hehehe... Takdelah sampai ada niat nak mencuri...ish! sih! tak aik tau curi curi...
Aku mula belajar solek selepas aku tunang. Itu pun sebab hadiah hantaran ada alat solek. Daripada belapok begitu je tak diguna, aku pun cuba-cubalah menenyeh warna-warni di muka ku yang cantik nie...ceh! perasan lah pulak...hahaha... Semenjak itu lah aku dah start menceriakan dan mencantikkan lagi wajah ku yang memang dah cantik. Belajar lah dari kawan-kawan, tengok dalam majalah, youtube dan macam-macam lagi.
Yelah kn...dah bertunang so, kenalah jaga penampilan takut tunang lari kononnya...tapi malang tidak berbau, wajah cantik pun belum tentu kecapi bahagia sentiasa. Tak mustahil wajah tak cantik tapi, dapat pasangan hidup hansome gilesss dan bahagia. Eh! dah lari dari topik ke aku nie...continue semula..
Sehinggalah sekarang aku dah solek menyolek nie. Lagi pun aku rasa aku perlu berani mencuba yang baik untuk diriku juga. Suamiku pun tak pernah menghalang aku daripada bersolek.
Tapi kn.......setela aku disahkan hamil, masa awal mengandung, mood bersolek memang tak de, yang ada mood "RAJIN" (Sebalikya lah). hahaha... kadang-kadang pakai bedak pun rajin. Apa punya moodlah....Tapi semenjak 2 menjak nie mood tue datang balik. Aku mula mencuba cara solek yang baru. Siap berteleku depan skrin komputer tengok minah saleh bersolek dalam youtube. Bagus, dari mula ia tujuk step by step. Salah satu laman web yang aku tengok ialah http://www.jangsara.blogspot.com/ Sekiranya anda di luar sana ada yang teringin nak belajar macam aku boleh lh layari laman web tue ye. Selamat belajar.
Ini salah satunya hasilnya |
Nak tahu banyak lagi caranya layarilah laman web tersebut.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment