Kepala aku jadi pening bila difikirkan pasal baju mengandung. Kain dah ada tapi tak tahu nak buat fasyen macam mana. Kalau boleh aku naklah yang fasyen moden sikit. Tapi kainnya macam kain baju kurug coraknya. Adakah sesuai????
Baju tue pulak nak dipakai pada bulan Mac 2012 nie. Bila dah malas nak fikir lagi dan aku buat keputusan mintak mak kak imal tolong jahitkan macam baju kak emal dan ct. Baju di kedai yang dah siap memang banyak tapi oleh kerana nak sama, tue yang terpaksa kena buat baju mengandung. Kalau tak silap aku bulan Mac tue aku dah masuk 5 bulan. Baju-baju kurung aku sekarang semuanya dah tak leh nak kanceng kainnya. Jadi aku kenalah buat baju mengandung baru selesa sikit nanti.
Setakat nie memang aku belum prepay apa-apa lagi. Pergi kerja pun masih pakai baju kurung, cuma kalau seluar je aku dah pakai seluar lembut. Seluar jeans aku dah tak muat dah. Perkara remeh macam nie pun boleh jadi pening kepala kan...kalau dah namanya perempuan memang macam nie lh. Nak kata tak cerewet, cerewet jugak, nak kata memilih, memilih jugak..apa pun tak boleh.
So, sekarang dah final mintak mak kak imal tolong jahitkan. Dah tak nak dah fikirkan pasal baju tue. lepas nie beli yang dah siap je senang tak pening kepala nak buat fasyen macam mana. Baju mengandung pun pakainya bila mengandung je, dah tak mengandung bajunya ye simpan je.....Macam mana rupanya baju tue aku pun tak dapat nak bayangkan. Bak kata ct cantik. InsyaAllah kalau tak de aral melintang hari jumaat nie aku nak tempah ngan kak imal. Aku rasa perut aku pun taklah besar mana...dah masuk 4 bulan pun masih belum nampak sangat. Mudah-mudahan sesuai dan selesa bila dipakai nanti.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment