Tuesday, January 17, 2012

Makan, Makan,Makan..

Semenjak aku mengandung nie, asyik nak makan je.... Bekalan makanan mesti ada untuk pagi dan petang. Kalau tak makan nanti perut masuk angin dan mulalah berirama macammacam lagu dalam perut nie. Berirama je tak pe, yang tak syoknya kalau meragam yang bukan-bukan dan tekak pun mula lah memainkan peranannya untuk mengeluarkan semula apayang dimakan. Inilah yang aku paling tak sua sekali "MUNTAH".

Kalau beli sarapan yang ringan mesti beli lebih. Macam hari tue bli bubur dan nasi lemak. Bubur makan jam 10 pg dan nasi lemak makan jam 1.00 ptg. Makan, makan jugak...takut terlebih comel pun ada jugak. Badan nie kalau nak naik cepat dan mudah je, tapi kalau nak turun punyalah payah.

Walau bagaimanapun aku bersyukur tiada masalah lain hanya selera makan aku je yang luar dari biasa. Harap-harap anak aku sihat dan comel bila keluar nanti. Kalau buah-buahan jangan dikata, kalau boleh dalam peti ais mesti ada buah dan hari-hari nak makan buah. Antara buah yang aku suka makan ialah buah jambu air madu. Jangan kata aku sorang je suka makan, suami tercinta pun sama. Kalau beli buah tue, dia sesaje yang membedalnya.... hermmm.....apa lagi pau dia jelah tolong belikan buah.hehehehe...

Ini lah dia kenangan manis semasa mengandung. Sungguh indah alam mengandung nie. Tapi....belum alam kelahiran lagi. Bab nie aku belum boleh kongsi lagi sebab aku belum merasainya lagi. Bila dengar cecite kawan-kawan, takut ada, tak sabar ada dan macam-macamlah menghantui perasaan nie. Keadaan sebenarnya nanti bulan Jun 2012. Tungguuuuu.........harap-harap aku dan baby selamat serta sempurna dan normal.

silalah comment post ini...

No comments: