Wednesday, September 28, 2011

Suami DRIVER.....

Suami DRIVER???????...ermmm....mesti sudah terfikir di fikiran si isteri akan ditingal-tinggal kan tak kira lah satu hari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, semalam, sesiang...dah menang akan kene tinggal.

So, si isteri nie kene lah banyak bersabar dan kuat imannya, sebab cabaran dan dugaan suami kerja sebagai DRIVER ini banyak...satu je yang aku nak kongsi ngan korang iaitu "jangan syak wasaka terhadap suami, takut akan jadi fitnah" dan "banyakkan bersabar serta doa kebahagiaan untuk rumahtangga" serta "jujur dan ikhlas terhadap pasangan".. Ini lah yang aku sentiasa tanam dalam hati dan minda aku untuk aku mengawal nafsu aku.

Aku redha dengan pekerjaan suami aku dan aku ikhlas terima dia. Aku pun tahu dia bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan aku jugak...Alhamdulillah, oleh kerana aku seorang isteri yang bekerja jadi, aku paham situasi dia dan dia paham situasi aku.

Maka si isteri-isteri di luar sana, tidak semua suami yang bekerja sebagai DRIVER dia tidak boleh menyara ahli keluarganya waima dia mempunyai 10 anak sekali pun. Sebagai isteri anda haruslah memberi sokongan kepada suami anda dan turut membantu dalam merancang kehidupan rumahtangga termasuk dari segi kewangan. Memang tidak dinafikan ada juga terdapat suami yang bekerja sebagai DRIVER ini ada yang suka mengambil kesempatan atas kelurusbendulan si isteri, tapi kene ingat Allah akan makbulkan doa bagi orang yang teraniaya.

So, THINK +VE, kawal nafsu amarah, elak daripada syak wasaka dan jujur serta ikhlas terhadap pasangan masing-masing..Sama-sama lah kita membina keluarga bahagia ye...Renung-renungkan, selamat beramal....


silalah comment post ini...

Berakhir sudah Bulan Syawal....

Sekejap je dah habis raya kn!.. Sedar tak sedar dah sebulan kita beraya, rumah terbuka pun hari ini masih ada yang buat. Jam 10.00 pagi tadi pun kawan seopis aku ada buat pintu terbuka....aku n the geng apa lagi....serbu lah rumah dia...rezeki jangan di tolak...betul tak kengkawan????...

Bila hari raya dah habis nie, aku rasa sayu pulak, sebabnya keadaan akan menjadi seperti sedia kala. Suasana raya dengan suasana bukan raya nie lain, tak sama sekali.

Oleh kerana Hari Raya dah habis, sekarang menunggu untuk menyambut Hari Raya Haji dan tahun baru pulak. Sekejap je dah nak berubah tahun....aku je masih belum berubah lagi.....ermmmm....:( :( :(..sedih!!!!

Bagi kawan-kawan ku di luar sana dan yang mengenali diri ini, aku minta maaf lh yerk tahun ini aku tak datang rumah korang...masa dan keadaan yang tidak mengizinkan aku pergi tapi kita dah bermaaf-maafan di opis dan dalam FB kn!..semoga tahun depan kita dapat bergembira lagi bersama dan bersua...insyaAllah dengan keizinan Allah S.W.T hendaknya.aminnn....

Salam Raya untuk hari akhir bulan syawal hari ini...semoga kegembiraan dan kebahagiaan yang kita kecapi di dunia ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat..amin...


silalah comment post ini...

Monday, September 26, 2011

Tawaran Lot Kosong...

Ha....sekarang kat opis aku nie ada tawaran lot kosong. Dalam masa 2 tahun kne buat rumah...tapppii..kalau dapat lh...

Pada mulanya aku n the geng nak jugak try masuk tp,  setelah berfikir panjang kitaorang tak jadi lh...atas sebab yang macam-macam lah...Terutamanya dari segi pengurusan kewangan dan nak buat rumah tue nanti..

Kalau orang banyak duit dan pengaruhnya kuat aku rasa mungkin diaorang mudah dapat lot kosong tue. Nak kn lot kosong tue kene interview dulu, kalau lepas dn disahkan bru lh dapat..So, aku rase baik aku cuba beli rumah yang dah siap bina je, tinggal duduk dan uruskan pinjaman dn lowyer klu nasib mungkin pemaju yang uruskan, cuma api n air je kne uruskan sendiri. Dah tak pening kepala nak cari kontraktor buat rumah... Memang lh kata orang bila kita beli lot kosong nie kita boleh dapat rumah yang macam kita nak, tapi kene ingat jika kontraktor yang buat rumah kita tak sama macam yang dikehendaki???mne nak cari duit lagi utk oter!!!!!....banyak wooooo....guna duit...tak sanggup oden....

Kalau aku masuk juga lot kosong tue, aku rasa peluang aku tipis walaupun aku dah berumahtangga dan ia mengutamakan yang dah berumahtangga tapi, kene ingat pegawai-pegawai di opis aku nie pun masih ada lagi yang belum ada rumah...

Ahhh.....malas lh aku nak fikirkn pasal lot kosong tue lagi...aku rasa memang aku tak layak dan tak sanggup....mungkin ada rezeki ku miliki rumah nanti....aminnn...

Bagi kawan-kawan yang masuk try lot kosong tue, gd luck lh! semoga anda berjaya di semua peringkat sehingga dapat duduk rumah deco sendiri...

Jangan lupa pelawa-pelawalah kami nie datang rumah yerk!!!!


silalah comment post ini...

Peringkat Permulaan....

InsyaAllah dengan keizinan Allah S.W.T apa yang aku dan suami idam-idamkan akan dapat walaupun tak sesempurna apa yang nak tapi apa yang dapat pun dah syukur alhamdulillah...

Setiap orang yang berumahtangga akan menjadi kemestian perkara ini dalam awal kehidupan mereka...tapi sebelum aku terus berceloteh nie...rase-rase korang paham tak apa kebendanya????..ermmmm......apa yang aku maksudkan ialah beli rumah sendiri....

Yeh..yeh..dapat jugak aku beli rumah sendri..walaupun duduknya tak pasti lagi bila, tapi semangat ada rumah sendiri nie lain tau..macam-macam terlintas di fikiran apa yang nak dibuat pd rumah tue nanti..

Peringkat pertama dh satle, tinggal peringkat pertengahan  iaitu deposit dan loan je, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang kami idamkan tercapai. Tak sabar rasenya nak tengok rumah sendiri, kemas rumah sendiri, dan yang penting sekali duduk rumah sendiri...tak menyusahkan orang tua lagi..Walau pun berat hati nak tinggalkan orang tua tapi keinginan nak hidup berdikari bersama suami isteri tetap ada. Tapi rumah yang kami beli pun tak jauh dengan rumah orang tua...insyaAllah kami tidak akan abaikan orang tua kami..tiada diaorang tiadalah aku dan suami aku..

Mak tunggu ye...nanti mak pulak tidur rumah kami ye...Doa restu dari emak amat kami harapkan...doa seorang ibu  dimakbulkan oleh Allah S.W.T...amin..

silalah comment post ini...

Tuesday, September 20, 2011

Perbarisan Peringkat Pengerang

Pada 16 Sept. 2011 pula aku terlibat dengan Perbarisan peringkat Pengerang. Haa....peringkat ini pula team aku merangkul 2 kemenangan dengan menjuarai kedua-dua kategori iaitu kategori kawat dan baju cantik. Walaupun, peringkat Negeri kami tidak menang baju tercantik tapi peringkat Pengerang kami merangkul tempat pertama. WOW! macam tak percaya KEJORA konker tempat pertama kedua-duanya...

Dengan usaha gigih kami dan semangat dari perbarisan Peringkat Negeri Johor telah berhasil dengan berbaloi....Manakala Peringkat Daerah Kota Tinggi diwakili oleh pihak Bandar Tenggara, mereka juga mendapat tempat kedua dalam kawat kaki. Wah!!!...tahun ini memang bertuah untuk KEJORA. Ketiga-tiga peringkat nama KEJORA naik.

Moga-moga pihak pengurusan atasan menghargai usaha kami ini....walau pun nampak senang dan mudah tetapi belum tentu jika tanpa kerjasama dan komitmen boleh menang...so, tahniah kepada kawan-kawan aku semua tanpa korang kita tak akan menang.....TAHNIAH!TAHNIAH!..

Tahun hadapan jika aku tak tersenarai, usaha lah bersungguh-sungguh macam kami dan kekalkan kejuaraan ini berturut-turut...





silalah comment post ini...

Perbarisan Peringkat Negeri Johor

Pada 10 Sept. 2011 terlibat dengan Perbarisan Peringkat Negeri Johor wakil Daerah Kota Tinggi. KEJORA mendapat tempat perbarisan no.3. Alhamdulillah berbaloi dengan hanya seminggu sahaja berlatih..

Kitaorang pun tak sangka boleh menang perbarisan. Tapi tahun nie kitaorang tak menang baju tercantik sebab dah menang kategori perbarisan...Alhamdulillah, usaha kami berhasil. TQ Allah.

Tahun nie perbarisan sambil mandi hujan. Hujan lebat giler...nasib baik baju kitaorang warna biru kalau pulih perghhhh! seksi.....nasib baik tak demam cuma sakit-skit badan je.. Jom kita skodeng gambar di bawah......










silalah comment post ini...

Kerana Mulut Manusia................

Ermmm.......lama sesangat aku tak update blog aku nie..Hi! kawan-kawan...kita berborak balik setelah sekian 2 minggu agaknye aku tak meluahkan perasaan dalam blog. maaf lh ye, sebab kebelakangan ini aku bezy dengan aktiviti luar. Esok sampai hujung minggu ini aku ada aktiviti luar lagi...so, hari ini je lh aku ada peluang celoteh..

Kalau baca tajuk entry aku nie....korang mesti terfikirkn yang aku sekarang mesti tengah hot....macam ayam di panggang. Memang betul pun. Hati aku sakittttt....sangat dengan manusia yang mulutnya sukaaaa.......sangat memutarbelitkan cerita, menambah cerita, dia kata tapi dia kata org lain yang kata.....apa punya manusia lah berperangai macam tue. Kerana mulut dia lah membuatkan hubungan keluarga jadi bermasam muka.

Kalau ikutkan nafsu amarah dah lama budak tue kena penampar dengan aku. Nasib baik aku nie masih boleh kontrol lagi...Lepas apa yang terjadi, dia sampaikan aku benci. Tengok muka pun menyampah dan geram dibuatnya..

Nak kn hati tenang kena maafkan orang. Maaf memang boleh tapi, luka masih berdarah di hati dan parut tetap kekal sampai bila-bila. Kalau korang lah...boleh terima ke orang memfitnah korang dgn menyatakan "perkara dot..dot...dot...korang yang cakap tapi sebenarnya korang tak tahu pun dot..dot...dot... tue?". Bila terserempak buat muka pulak....ish!!! kang..kang..sia-sia je tangan lembut aku nie hinggap di pipi dia...

Pada aku, orang baik dengan aku, aku baik dengan orang....dan bila sekali orang buat aku macam nie memang sampai bila-bila lah aku ingat...baik, memang baik dan kawan memang kawan tapi kepercayaan dah zerom lh. Harap muka je cantik tapi perangai macam apa...memang aku tak sangka dia tue jenis macam tue. memang tak sangka giler lh...nampai baik je...sopan je....betul lh kata orang jangan nilai dri luaran tapi dalaman... biar muka tak cantik tapi hati bersih...

Yang lagi seorang tue biarlah klau dia rasa orang tue betul, betul lh. Aku malas nak bertekak. Tak bermakna aku diam je...aku kalah, dah besar pandai lh nilai sendiri... lu fikir lh sendiri...tapi ingat lepas nie jangan cari aku lagi cari orang yang ko percaya!



silalah comment post ini...

Wednesday, September 7, 2011

Lepas Raya..

Seminggu berlalu sudah aku menyambut Hari Raya tanpa ada gangguan dengan kerja...lapang fikiran sekejap. Tapi gangguan perut pulak yang menghantui diri. Dah puas makan umah sana sini, tak boleh berjauhan pulak dengan bilik kecil. Tapi nasib aku baik sikit daripada ahli keluarga aku yang lain. Sampai bergilir-gilir masuk. yelah perut tue terkejut dah sebulan berpuasa...lepas tue makan tak ingat dunia pulak...ambek kau!..

Tahun nie walau pun family suami aku beraya tanpa ayah tapi alhamdulillah kami sambut dengan penuh ceria dan bahagia. masing-masing memendam perasaan sedih. Orang yang dah tiada, tetap tiada dan tidak kembali lagi tapi yang hidup kenelah teruskan kehidupan. Sedekah Al-Fathihah tak pernah tinggal untuk mereka yang telah kembali.

Tahun nie jugak kehidupan aku berbeza tak sama seperti tahun-tahun lepas. Walaupun tak dapat bersama di pagi hari raya pertama bersama keluarga aku tapi raya kedua satu family suami aku pergi rumah mak aku. Beginilah bila sudah berumahtangga, knelah berbincang dan dapatkan kata sepakat serta adil...Aku berharap tahun depan aku dapat menyambut bersama ibu ku pula...

Msa mula-mula naik keje mood sebelum raya masih terasa iaitu malas. Dah cuti seminggu lah katakan...lepas tue kne buat kje pulak....ermmm.....lemah satu badan. Naik cuti raya jugak nama aku tersenarai dalam aktiviti luar. Haa....memang tak lekat lah di office..see u minggu depan lh...

silalah comment post ini...