Wednesday, September 28, 2011

Suami DRIVER.....

Suami DRIVER???????...ermmm....mesti sudah terfikir di fikiran si isteri akan ditingal-tinggal kan tak kira lah satu hari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, semalam, sesiang...dah menang akan kene tinggal.

So, si isteri nie kene lah banyak bersabar dan kuat imannya, sebab cabaran dan dugaan suami kerja sebagai DRIVER ini banyak...satu je yang aku nak kongsi ngan korang iaitu "jangan syak wasaka terhadap suami, takut akan jadi fitnah" dan "banyakkan bersabar serta doa kebahagiaan untuk rumahtangga" serta "jujur dan ikhlas terhadap pasangan".. Ini lah yang aku sentiasa tanam dalam hati dan minda aku untuk aku mengawal nafsu aku.

Aku redha dengan pekerjaan suami aku dan aku ikhlas terima dia. Aku pun tahu dia bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan aku jugak...Alhamdulillah, oleh kerana aku seorang isteri yang bekerja jadi, aku paham situasi dia dan dia paham situasi aku.

Maka si isteri-isteri di luar sana, tidak semua suami yang bekerja sebagai DRIVER dia tidak boleh menyara ahli keluarganya waima dia mempunyai 10 anak sekali pun. Sebagai isteri anda haruslah memberi sokongan kepada suami anda dan turut membantu dalam merancang kehidupan rumahtangga termasuk dari segi kewangan. Memang tidak dinafikan ada juga terdapat suami yang bekerja sebagai DRIVER ini ada yang suka mengambil kesempatan atas kelurusbendulan si isteri, tapi kene ingat Allah akan makbulkan doa bagi orang yang teraniaya.

So, THINK +VE, kawal nafsu amarah, elak daripada syak wasaka dan jujur serta ikhlas terhadap pasangan masing-masing..Sama-sama lah kita membina keluarga bahagia ye...Renung-renungkan, selamat beramal....


silalah comment post ini...

No comments: