Tuesday, September 20, 2011

Perbarisan Peringkat Pengerang

Pada 16 Sept. 2011 pula aku terlibat dengan Perbarisan peringkat Pengerang. Haa....peringkat ini pula team aku merangkul 2 kemenangan dengan menjuarai kedua-dua kategori iaitu kategori kawat dan baju cantik. Walaupun, peringkat Negeri kami tidak menang baju tercantik tapi peringkat Pengerang kami merangkul tempat pertama. WOW! macam tak percaya KEJORA konker tempat pertama kedua-duanya...

Dengan usaha gigih kami dan semangat dari perbarisan Peringkat Negeri Johor telah berhasil dengan berbaloi....Manakala Peringkat Daerah Kota Tinggi diwakili oleh pihak Bandar Tenggara, mereka juga mendapat tempat kedua dalam kawat kaki. Wah!!!...tahun ini memang bertuah untuk KEJORA. Ketiga-tiga peringkat nama KEJORA naik.

Moga-moga pihak pengurusan atasan menghargai usaha kami ini....walau pun nampak senang dan mudah tetapi belum tentu jika tanpa kerjasama dan komitmen boleh menang...so, tahniah kepada kawan-kawan aku semua tanpa korang kita tak akan menang.....TAHNIAH!TAHNIAH!..

Tahun hadapan jika aku tak tersenarai, usaha lah bersungguh-sungguh macam kami dan kekalkan kejuaraan ini berturut-turut...





silalah comment post ini...

No comments: