Sekejap je dah habis raya kn!.. Sedar tak sedar dah sebulan kita beraya, rumah terbuka pun hari ini masih ada yang buat. Jam 10.00 pagi tadi pun kawan seopis aku ada buat pintu terbuka....aku n the geng apa lagi....serbu lah rumah dia...rezeki jangan di tolak...betul tak kengkawan????...
Bila hari raya dah habis nie, aku rasa sayu pulak, sebabnya keadaan akan menjadi seperti sedia kala. Suasana raya dengan suasana bukan raya nie lain, tak sama sekali.
Oleh kerana Hari Raya dah habis, sekarang menunggu untuk menyambut Hari Raya Haji dan tahun baru pulak. Sekejap je dah nak berubah tahun....aku je masih belum berubah lagi.....ermmmm....:( :( :(..sedih!!!!
Bagi kawan-kawan ku di luar sana dan yang mengenali diri ini, aku minta maaf lh yerk tahun ini aku tak datang rumah korang...masa dan keadaan yang tidak mengizinkan aku pergi tapi kita dah bermaaf-maafan di opis dan dalam FB kn!..semoga tahun depan kita dapat bergembira lagi bersama dan bersua...insyaAllah dengan keizinan Allah S.W.T hendaknya.aminnn....
Salam Raya untuk hari akhir bulan syawal hari ini...semoga kegembiraan dan kebahagiaan yang kita kecapi di dunia ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat..amin...
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment