Semalam aku ada terima barang! kawan-kawan ingat aku terima hadiah. Hahahaha.....sebenarnya barang aku oder dalam internet dah sampai. Korang nak tahu barang apa? barangnya ialahhhhhh.......
Inilah barangnya.....set bersalin nona roguy. Harganya RM290.00 sahaja (Harga Asal RM360.00) tanpa ada cas pos. Aku beli set nie dengan bidan kak engku. Terima kasih bebanyak kak kerana telah membantu saya dan memberi harga promosi ini. Mudah-mudahan set ini dapat membantu dan berguna untuk aku semasa dalam pantang nanti. amin....
Set bersalin Nona Roguy ini mengandungi:
- Phytonatal (90 Tablets) - Untuk kegunaan dalaman
- Akar Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan dalaman
- Herbanika Barut Krim (60 gm) - Untuk kegunaan luar
- Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan luar
- Herbanika Lulur (100 gm) - Untuk kegunaan luar
- Minyak Herbanika (100 ml) - Untuk kegunaan luar
Set bersalin Nona Roguy ini terbukti (hasil daripada pengalaman org lain dan pembacaan daripada blog2 dll..) berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin.
Di sini juga ada keterangan dan cara penggunaan bagi set bersalin Nona Roguy:
Phytonatal - Untuk Dimakan
90 tablets (30 hari) - RM140.00 / 180 tablets (44 hari) - RM205.00
Khasiat
- Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan
- Menyegarkan fungsi rahim
- Mengeluarkan susu yang segar
- menambahkan daya tenaga semasa pantang
- Mengimbangkan kembali sistem badan
- Memperbaiki perjalanan darah
- Meringankan dan mengencangkan badan
- Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil
- Memelihara kesihatan dan kecantikan
Cara pemakanan
Bersalin Normal
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)
Dosej Kapsul
Dosej Paket
Sepanjang tempoh berpantang
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal - amalkan 2-3 tablet phytonatal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit - amalkan 5-10 tablet Phytonatal 1 x sehari sebagai amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Diamalkan selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30-100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika
Akar Herbanika - Untuk Diminum
15 t-bag RM70.00 / 30 t-bag RM100.00
Khasiat
Menyegarkan urat saraf
Membantu mengeluarkan susu segar dan pekat
Mengurangkan air yang berlebihan dalam badan
Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi
Mengawal bau badan
Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
Dinasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:
Khasiat Bagi lelaki
Untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang
Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh dicampur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan
Cara pemakanan
Bersalin secara Normal
- pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin
Bersalin secara pembedahan
- pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selepas bersalin.
- Selepas tamat tempoh pantang bersalin. Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luarannya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.
- Selalu menggunakan Mustajab harmonis untuk kesegaran saluran faraj.
Cara mengamal dan menggunakan semasa dalam tempoh berpantang:
Amalan Minggu Pertama
Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari
Merebus 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air
Tuangkan ke dalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya
Tambah 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum
Minum suam panas
Minyak Herbanika - Untuk kegunaan luar
130 ml - RM68.00 / 260 ml - RM105.00
Khasiat
Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut
Melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur
Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur
Melicinkan peredaran darah
Mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan
Cara kegunaan
Sangat mujarab digunakan untuk urut
Di belakang pinggang, bahagian atas perut, bawahan perut, sekitar perut, bekas jahitan, bahagian ari-ari, peha, celahan dalam peha dan kaki dengan urutan lembut
Sapukan 2-3 x sehari
Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa
Perhatian
Bagi yang bersalin secara pembedahan. Cara kegunaan:
Penjagaan harian peribadi:
Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam
Tuangkan 1-2 titil Barra Gel ke bahagian kawasan sulit
Bersihkan dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam
Kesat kering
Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa
Herba Pembersih harian tubuh:
Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari - membantu memberikan kesegaran pada tubuh, gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut
mandi dengan air suam panas
Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering
Mencegah kepanasan dan pening kepala
Pemeliharaan payudara:
Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu
Sekiranya berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan
Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakkan surut
Kesat kering
Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara
Sekiranya hendak menyusui bayi, pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting dari kesan minyak
Krim Herbanika Barut
60 gm - RM55.00
Khasiat
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
Parut dan jalur pecahan pada perut
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
Diamalkan bermula hari ke 4-40
Digunakan 2 x sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur)
Sapu Herbanika barut krim ke seluruh perut dan pinggang
Lumurkan minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari
Pakailah bengkung
Dilakukan 2 x sehari iaitu pada waktu pagi dan petang
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih
Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut krim pada sebelah petang atau memilih salah satu
Untuk kegunaan luar
Khasiat untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin
Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit
Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut
Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim
Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut
Serbuk Herbanika Barut
150 gm - RM60.00
Khasiat
Mengecutkan rahim, mengelaurkan darah nifas dan kotoran dari rahim
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
parut dan jalur pecahan pada perut
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
1-2 sudu besar Herbanika barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya
Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika
Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari
Sebelum menggunakan Herbanika barut, lurmurkan minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha
Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab
Lakukan 2 x sehari
Pagi (selepas mandi)
petang (7 mlm) - bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi
Perhatian
Uncang Cuci Herbanika
5 t-baq - RM35.00 / 10 t-baq - RM70.00 / 15 t-baq - RM100.00
Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan)
Cara penggunaan
Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih
Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan
Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil
Untuk kegunaan lain, boleh diamalkan menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit
Boleh diamalkan 2-3 x sehari iaitu (pagi dan malam) atau (pagi, petang dan malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi
Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit
Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita
Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Permbersih dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin
Herbanika Lulur - Untuk kegunaan luar
150 gm - RM60.00
Khasiat
Membantu menegangkan payudara yang kendur
Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau
Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul
Membantu sebagai penyegar dan peyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat
Cara penggunaan
Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut
1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang
Guna air florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek
Sapu kaki dan tapak kaki dengan air floroda dan pakai stokin yang tipis
Inilah panduan yang aku dapatkan dari bidan bersalin kak engku untuk dikongsi bersama. Selamat menjalani berpantang bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan akan bersalin.
silalah comment post ini...