Wednesday, May 23, 2012

Set Bersalin Ku Dah Sampai!

Semalam aku ada terima barang! kawan-kawan ingat aku terima hadiah. Hahahaha.....sebenarnya barang aku oder dalam internet dah sampai. Korang nak tahu barang apa? barangnya ialahhhhhh.......


Inilah barangnya.....set bersalin nona roguy. Harganya RM290.00 sahaja (Harga Asal RM360.00) tanpa ada cas pos. Aku beli set nie dengan bidan kak engku. Terima kasih bebanyak kak kerana telah membantu saya dan memberi harga promosi ini. Mudah-mudahan set ini dapat membantu dan berguna untuk aku semasa dalam pantang nanti. amin.... 


Set bersalin Nona Roguy ini mengandungi:
  1. Phytonatal (90 Tablets) - Untuk kegunaan dalaman
  2. Akar Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan dalaman
  3. Herbanika Barut Krim (60 gm) - Untuk kegunaan luar
  4. Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan luar
  5. Herbanika Lulur (100 gm) - Untuk kegunaan luar
  6. Minyak Herbanika (100 ml) - Untuk kegunaan luar

Set bersalin Nona Roguy ini terbukti (hasil daripada pengalaman org lain dan pembacaan daripada blog2 dll..) berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin.

Di sini juga ada keterangan dan cara penggunaan bagi set bersalin Nona Roguy:

Phytonatal - Untuk Dimakan 
90 tablets (30 hari) - RM140.00 / 180 tablets (44 hari) - RM205.00

Khasiat
  • Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan
  • Menyegarkan fungsi rahim
  • Mengeluarkan susu yang segar
  • menambahkan daya tenaga semasa pantang
  • Mengimbangkan kembali sistem badan
  • Memperbaiki perjalanan darah
  • Meringankan dan mengencangkan badan
  • Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan
Cara pemakanan

Bersalin Normal
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin

Bersalin Pembedahan
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)

Dosej Kapsul
  • Untuk kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
  • bagi yang sembelit harian (3-5 biji pagi / 3-5 biji tengahari / 3-5 biji petang / 3-5 biji malam)
Dosej Paket
  • Untuk kelawasan biasa harian (1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
  • Bagi yang sembelit harian (2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
Sepanjang tempoh berpantang
  • Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal - amalkan 2-3 tablet phytonatal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika 
  • Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit - amalkan 5-10 tablet Phytonatal 1 x sehari sebagai amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Diamalkan selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30-100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika


Akar Herbanika - Untuk Diminum
15 t-bag RM70.00 / 30 t-bag RM100.00

Khasiat
  • Menyegarkan urat saraf
  • Membantu mengeluarkan susu segar dan pekat
  • Mengurangkan air yang berlebihan dalam badan
  • Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi
  • Mengawal bau badan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
  • Dinasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:
    • Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab
    • 1 sudu teh Air Gamat
    • 1 sudu teh Pati Halia
    • Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya
Khasiat Bagi lelaki
  • Untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang
  • Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh dicampur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan
Cara pemakanan

Bersalin secara Normal
- pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin

Bersalin secara pembedahan
- pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selepas bersalin.
- Selepas tamat tempoh pantang bersalin. Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan  sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luarannya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.
- Selalu menggunakan Mustajab harmonis untuk kesegaran saluran faraj.

Cara mengamal dan menggunakan semasa dalam tempoh berpantang:

Amalan Minggu Pertama
  • Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari
  • Merebus 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air
  • Tuangkan ke dalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya
  • Tambah 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum
  • Minum suam panas



Minyak Herbanika - Untuk kegunaan luar
130 ml - RM68.00 / 260 ml - RM105.00

Khasiat
  • Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut
  • Melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur
  • Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur
  • Melicinkan peredaran darah
  • Mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan
Cara kegunaan
  • Sangat mujarab digunakan untuk urut
  • Di belakang pinggang, bahagian atas perut, bawahan perut, sekitar perut, bekas jahitan, bahagian ari-ari, peha, celahan dalam peha dan kaki dengan urutan lembut
  • Sapukan 2-3 x sehari
  • Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa
Perhatian
  • Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut
Bagi yang bersalin secara pembedahan. Cara kegunaan:
  • Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut
Penjagaan harian peribadi:
  • Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam
  • Tuangkan 1-2 titil Barra Gel ke bahagian kawasan sulit
  • Bersihkan dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam
  • Kesat kering
  • Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa
Herba Pembersih harian tubuh:
  • Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari - membantu memberikan kesegaran pada tubuh, gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut
  • mandi dengan air suam panas
  • Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering
  • Mencegah kepanasan dan pening kepala
Pemeliharaan payudara:
  • Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu
  • Sekiranya berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan
  • Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakkan surut
  • Kesat kering
  • Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara
  • Sekiranya hendak menyusui bayi, pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting dari kesan minyak

Krim Herbanika Barut
60 gm - RM55.00

Khasiat
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
  • Parut dan jalur pecahan pada perut
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
  • Diamalkan bermula hari ke 4-40
  • Digunakan 2 x sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur)
  • Sapu Herbanika barut krim ke seluruh perut dan pinggang
  • Lumurkan minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari
  • Pakailah bengkung
  • Dilakukan 2 x sehari iaitu pada waktu pagi dan petang
  • Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih
  • Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut krim pada sebelah petang atau memilih salah satu
Untuk kegunaan luar
  • Khasiat untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin
  • Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit
  • Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut
  • Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim
  • Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut


Serbuk Herbanika Barut
150 gm - RM60.00

Khasiat
  • Mengecutkan rahim, mengelaurkan darah nifas dan kotoran dari rahim
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
  • parut dan jalur pecahan pada perut
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
  • 1-2 sudu besar Herbanika barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya
  • Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
  • Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika
  • Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari
  • Sebelum menggunakan Herbanika barut, lurmurkan minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha
  • Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab
  • Lakukan 2 x sehari
  • Pagi (selepas mandi)
  • petang (7 mlm) - bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi
Perhatian
  • Bagi bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin
  • Cara penggunaan
    • Selepas sebulan
    • Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan abwah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang diberi untuk penggunaan bersalin secara normal
    • Memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:
      • Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen
      • Dapat melangsingkan pinggang
      • Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit

Uncang Cuci Herbanika
5 t-baq - RM35.00 / 10 t-baq - RM70.00 / 15 t-baq - RM100.00

Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan)

Cara penggunaan
  • Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih
  • Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan
  • Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil
  • Untuk kegunaan lain, boleh diamalkan menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit
  • Boleh diamalkan 2-3 x sehari iaitu (pagi dan malam) atau (pagi, petang dan malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi

  • Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit
  • Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita
  • Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Permbersih dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin 

Herbanika Lulur - Untuk kegunaan luar
150 gm - RM60.00

Khasiat
  • Membantu menegangkan payudara yang kendur
  • Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
  • Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul
  • Membantu sebagai penyegar dan peyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat
Cara penggunaan
  • Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut
    • 1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang
  • Guna air florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek
  • Sapu kaki dan tapak kaki dengan air floroda dan pakai stokin yang tipis

Inilah panduan yang aku dapatkan dari bidan bersalin kak engku untuk dikongsi bersama. Selamat menjalani berpantang bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan akan bersalin.

 silalah comment post ini...

1 comment:

reena said...

Reena:
Tq. Saya sudah pun membelinya dan saya akan menggunakan tungku tersebut smsa saya berpantang nanti. Saya akan kongsikan dgn kawan-kawan yang lain..