Wednesday, May 23, 2012

Jahit Manik

Walaupun perkara ini cik imals telah update dalam blog dia tapi aku nak jugak update dalam blog aku. Hehehehe...maklumlah kitaorang pergi kursus jahit manik nie sama-sama so, citenye jugak lebih kurang samalah...

Tapi aku nak cite hasil tangan aku sendiri setelah belajar jahit manik yang hanya 8 jam sahaja dengan bayaran RM10. Murah kan! percaya tak? dengan itu aku nak tunjukkan hasil jahitan aku pada korang tapi sebelum korang ketawakan aku, aku nak bagitaulah ini adalah hasil pertama dan pertama kali aku belajar jahit manik so, hasilnya tue janganlah korang samakan dengan orang yang profesional pulak!. Jom kita tengok gambar di bawah ini:

Step Pertama



Step Kedua



Step Ketiga



Itulah dia ketiga-tiga hasil yang aku buat sendiri sampai sakit dek pinggang dibuatnya. Sungguh tak sangka cantik jugak bila dah jadi tapi kalau dah pro nanti lagi cantiklah daripada nie. Ha Ceh! puji diri sendiri.hahahahaha......

Belajar jahit manik nie best, lagi best kalau tahu banyak lagi skill, corak dan dsbnya. Cumanya memerlukan kerajinan dan minatlah. Sebabnya buat benda nie memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyiapkannya. Bila dah siap dan hasilnya memuaskan dan mengkagumkan, perasaan puas tue tak dapat nak digambarkan tau!. Kalau ada masalah pun boleh hilang dan lupa seketika.

Sekarang keadaan nak menjahit manik tak mengizinkan sebab tinggal tunggu hari je aku nie nak bersalin. Bak kata ibu mertuaku kalau buat sesuatu kerja jangan separuh jalan dan mesti dihabiskan tanpa ada orang lain yang menyambungkan. Inilah sebabnya aku tak nak jahit manik takut tak sempat nak siap. Yang ketiga-tiga diatas tue aku cepat-cepat siapkan. Tengoklah mana tahu masa dalam pantang nanti tetiba rajin pulak nak menjahit. Alamatnya baju raya bermaniklah......alahai!

silalah comment post ini...

No comments: