Thursday, April 26, 2012

Set Bersalin Apa Yang Sesuai?

Salam semua....bersua kembali kita. Pagi-pagi dah update blog ek macam takde keje je...hehehehe...sebenarnya pagi nie aku kurang keje sebab tue aku membezykan diri aku dengan mengupdate blog. Daripada aku menghadap FB je lebih baik aku mengupdate blog betul tak? dapatkan jugak kongsi cite kn..kn..

Dalam beberapa hari nie aku sibuk mencari set-set bersalin yang mana sesuai untuk aku pilih. Hal maklumlah baru 1time, tak tahu set mana yang berkesan dan sesuai serta berpatutan harganya. Aku dengan ramahnya bertanyalah kengkawan kat opis nie 'korang pakai set apa?, bagus tak?, mahal tak?, berkesan tak?'. Set bersalin nie kan ada macam-macam jenama dan masing-masing ada keistimewaannya. Aku takut jugak kalau aku terbeli set yang kurang bagus ke mahal sangat ke dan apa-apa jelah yang berkait dengannya...

Selain dapatkan info daripada kengkawan, aku search jugak kat blog lain. Salah satunya blog kak engku. macam-macam info aku dapat daripada blog dia. TQ lah kak engkau kerana banyak ilmu yang dikongsikan bersama. Terutamanya bagi ibu baru seperti saya, banyak perkara yang perlu saya tahu tentang baby dan ibu.

Setelah membaca dan fikir-fikir, saya telah membuat pilihan set bersalin yang mana saya mahukan dan saya pilih nona roguy. Nie baru pilih belinya belum lagi. Bingung jugak tau nak pilih set mana yang sesuai. So, sebelum beli tu kenalah mentelaah dulu keistimewaan produk-produk tersebut. Setelah berpuas hati barulah beli. Set nona roguy nie jugak bukan sahaja popular tapi memang dah digunakan sejak turun-temurun katanya. Kelebihan produknya pun lebih kurang sama je dengan produk-produk lain. Aku pilihnya pun sebab aku lebih berkeyakinan dengan produk nie dan produk nie jugak lebih ramai orang menggunakannya daripada produk-produk baru yang ada sekarang. Harap-harap produk nie sesuai dengan aku.

silalah comment post ini...

No comments: