Eeee.........dah tinggal 2 bulan je lagi nie, barang keperluan baby masih belum beli lagi. MasyaAllah bahaya betul aku nie kan. Sepatutnya sekarang nie dah kena stanby barang baby dalam kereta dah tapi aku masih belum beli lagi. Huhuhuhu.......bukannya tak nak beli awal tapi memang dah plan nak beli bulan nie. InsyaAllah hari ahad nie aku shoppinglah barang baby. List barang dah berderet-deret aku tulis dalam kertas tinggal beli je.
Tak sabar pulak nak tunggu hari ahad nie nak shopping barang baby dengan suami. Mesti teruja aku bila tengok barang-barang baby nie nanti kan. Tapi aku kena berhati-hati dalam membuat pemilihan kerana aku tak tahu lagi jantina anak aku nie, bila scan tak nampak pulak dan lagi satu aku kena pastikan tiada warna kuning atau hampir-hampir sama dengan warna kuning. Warna kuning nie bukannya apa untuk elakkan daripada baby kena penyakit kuning atau namanya Baby Jaundis. Kesian baby kalau kena.
Tengah hari nie ingat nak ikut noni pergi sakan, boleh lah aku window-window shopping dan manalah tahu window-window tershopping pulak kan..barang-barang baby nie taklah aku nak beli yang mahal-mahal sangat lagi pun baby nie kan cepat membesar so, jangan membazir sangat asalkan kainnya selesa untuk baby. Non!!!! jomlah keluar.....hahahahaha.....
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment