Thursday, April 12, 2012

Pemilihan MAKSPEN XII

Hari nie tempat keje aku ada buat pemilihan peserta untuk sukan MAKSPEN XII. Sebelum nie kan aku ada bagi tahu korang sukan MAKSPEN XII, KEJORA jadi Tuan Rumah. So, sekarang masing-masing sibuk pergi menunjukkan bakat masing-masing untuk dipilih sebagai peserta.

Benda-benda nie semua hanya ada pada musim sukan sje. Bila dah tamat musim nanti senyap balik. Kasut, bola dan sebagainya akan tersimpan cantik di atas rak. Tapi time-time macam nie lah untuk melapangkan fikiran. Lupakan seketika keje yang berlambak-lambak di atas meja. Pihak pengurusan jugak memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua staff untuk menjayakan sukan MAKSPEN XII nie, lagi pulak KEJORA jadi tuan rumah lagilah kena kerje keras.

Pastikan setiap acara yang dihantar mesti ada wakil tuan rumah. Menang atau kalah nombor dua yang penting ada wakil. So, kawan-kawan KEJORA cayok! cayok! ye. Pastikan KEJORA dapat tempat samada pertama hingga ketiga sahaja. Kawan-kawan dari jabatan lain juga aku ucapkan selamat berjaya ye...semoga korang pun balik tak tangan kosong. So, cayok! cayok! kawan-kawan semua berlatih bersukan dari sekarang demi jabatan masing-masing. Bulan Jun nanti kita akan berjumpa ye (kalau tiada perubahan tarikh).


silalah comment post ini...

No comments: