Salam semua....bersua kembali kita. Smga anda semua sihat-sihat ye. Bila menaip bab sihat nie teringin pulak nak kongsi cite kisah aku yang terjadinya pada 9 April 2012. Hari tue aku kena minum air gula untuk kali ke-2. Aku rase air gula di klinik Bandar Mas nie macam lebih manis pulak daripada klinik Bandar Penawar padahal sukatan gula mesti sama kn, agaknya cawannya rendah jadi airnya pekat sikit. Tak paklah dah selamat minum pun.
Tapi kisah yang aku nak cite bukan pasal minum air gula, yang sebenarnya pasal aku kena cirit-birit dan muntah-muntah pagi tue. Aku tak tahulah kenapa, kerana aku makan belangkas masak sambal ke? tapi suami dan ibu mertuaku tak pulak kena macam aku. Mereka ok jerk!... Baby dah jemu kot. Hahahahaha.........pandainya anak mama nie ye, dah pandai memilih makanan ea...
Semasa otw nak ke klinik sempat singgah shall Air Tawar 5. Tak pasal-pasal rumput kat Shall Air Tawar 5 jadi mangsa tempat aku muntah. Masa tue memang dah tak sempat nak pergi bilik air, keluar dari pintu kereta dengan tak tutup terus melulu ke rumput. Nasib baik sempat kalau tak aku dan dalam kereta dah kena mandi muntah sendiri. Perut pulak mengulas dan pedih yang teramat sangat..ada dalam 10 minit aku rest kat shall tue. Masa tengah rest, tiba-tiba x-bos aku bukak pintu kereta sebelah penumpang. Terkezut aku, ingat sapa. Dah kantoi...
Dengan keadaan sakit-sakit aku cuba jugak gagahkan diri untuk drive ke klinik Bandar Mas. Syukur alhamdulillah aku berjaya sampai di klinik Bandar Mas dengan kelajuan 60km/j. Bila sampai perut aku meragam lagi mencucuk-cucuk. Perghhh!!! masa tue hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dah rasa ok sikit baru aku keluar dari kereta. Kalau diikutkan waktu aku minum air gula kol 8 pg tapi aku daftar kol 8 lebih, memang dah terlewat sikit. Habis nak buat macam mana. Bukannya aku mintak sakit nie menyerang aku, dah Allah yang beri aku kena terimalah.....
Bila dah sampai klinik mestilah kena daftar dulu kn. Kalau tempat aku nie, ambil nombor dan klipkan kat buku lepas tue tunggu sampai nama dipanggil. Sementara tunggu tue aku pun duduklah, tak sampai 2 minit, perut dan tekak aku meragam lagi. Aku apa lagi terus pergi bilik air dan mengeluarkan segala isi perutku di singki. Muntah dah sampai tahap max iaitu muntah kuning. Perggghhhhh!!!! pahit tekak aku dibuatnya, nak minum air tak leh sebab kena puasa. Nak tak nak tahan aje ler...Haaaa...tue bab muntah, lepas muntah buang air besar pulak. Memang berlawanlah. Kalau tak silap aku ada 2 kali aku buang kedua-dua tue di klinik Bandar Mas. Mase tengah-tengah muntah tue, nama aku pun dipanggil.
Sentengah hari aku di klinik Bandar Mas tue. Dalam setengah hari tue aku kena ambil darah 2 kali untuk bacaan sebelum dan selepas minum air gula, buat check up biasa di klinik ibu dan anak dan jumpa doktor untuk mintak MC sebab perut aku sakit. Sepanjang perjalanan pemeriksaan tue, badan aku memang lemah. Dalam keadaan lemah-lemah tue, nasib baik doktor memberi khabar berita baik tentang baby aku. Doktor scan baby aku dalam keadaan yang sihat. Berat baby aku sekarang 1.334g dan jantungnya aktif, laju. Syukur alhamdulillah lega sikit.
TQ papa kerana menemani mama pada hari tue.

silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment