Hari nie kawan-kawan jiran sebelah dan depan aku pergi kursus Mymeeting kat Lotus Desaru. Tinggallah daku keseorangan perempuan di sini. Bos kedua-duanya ada meeting. Second bos pulak sibuk dengan kerja KAK dia. Budak P pulak sekejap ada sekejap tak ada. Dah lah lepas ngaji lambat lapor diri lepas tue kol 10 keluar minum pulak berjam-jam. Ishhhhh!!!! aptb. Dah diberi nasihat pun macam tue gak, sama jeee....takde perubahan langsung. Masa lepas ngaji tadi salah seorang bos dah beri aku amaran kalau budak P sms takyah balas and layan. Haaaa....itu menunjukkan tahap kesabaran bos dah sampai ke tahap yang maxsimum. paham-paham aje ler...
Oleh kerana kerja buat buku laporan tahunan, aku dah siapkan tinggal diaorang semak je. So, hari nie dapatlah aku menyiapkan minit mesyuarat kampung. Tapi ada orang tak senang tengok aku takde keje, ade saje keje yang nak diberikannya...walaupun bukan keje yang hakiki. Maklumlah dalam FM masing-masing kn ada tulis arahan dari semasa ke samasa. Errrmmm.....terima jelh.
Aku ada baca blog jiran aku nie pasal aku tonton video dan ada mamat sorang nie sound-sound. Aku setuju jugak apa yang dia nyatakan, mamat tue pun bukannya perfect sangat buat keje tanpa salingan. Mentang-mentanglah orang tak nampak apa dia buat, boleh lah sound-sound. Kadang-kadang kita nie nak juga release kn otak. letih oooo....buat keje street tanpa rehat. Dia cuma tahu tanya ok?, dah siap? and bla...bla... Bila bagi sof copy, aku jugak yang kena ubah. Bukan keje aku pun, aku jugak yang kena buat. Bila dia kena buat keje bukan keje dia, pandai pulak bersuara. Haaa...kn dah hanginnn....geram nie geram nie...
Issshhhhh!!!!! tangan nie gatal je nak menaip lagi dan lagi yang tak puas hati nie..tapi nasib baik dapat tahan dan tersedar. Biasalah kan manusia. Ya Allah janganlah Engkau beri sifat buruk seperti itu kepada aku dan ahli keluargaku.
Walaupun aku nie mulut banyak cakap dan bising, tapi aku buat jugak keje yang diberi. Seboleh mungkin aku nak siapkan cepat. Tapi yang membuatkan lambat siap, tengah buat-buat, dapat keje lain pulak, dah buat dan beri untuk disemak ada pembetulan pulak dan bila dah dibetul, kena betulkan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.....Mengarah orang memang senang laju je mulut nie bercakap, nak tahu senang ke tak cepat ke tak buat lah sendiri. Nak nak buat laporan tahunan, semua laporan nak kena dimasukkan dan gambarlah itu lah ini lah. Aku nie kalau boleh nak buat laporan tahunan nie sebaik mungkin, cantik-cantik. Sebab tue aku guna kreativiti aku untuk buat laporan tahunan tue. Kalau setakat copy and paste je dah lama siap.
Oklah malas nak bebel panjang-panjang, bosan pulak nanti. So, sekarang dah legalah sikit hati dan fikiran nie. LAPANG!!!!!! and LEGAAA!!!!!!!
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment