Friday, April 6, 2012

2 Minggu Di Rumah Ibuku

Dah 2 minggu aku dirumah ibuku sendiri. Sebelum nie kn aku ada bagi taw yang aku nie selang seminggu rumah ibuku dan rumah ibu mertuaku...tapi, oleh kerana ibu mertuaku di rumah anaknya di Kuala Lumpur dan sekarang tinggal adik bungsu yang baru kahwin so, aku n suami pun plan kami tinggal di rumah ibuku untuk beri peluang kepada pengantin baru honeymoon sepuas-puasnya...hahahahaha....kami paham orang baru kahwin kn!kn!


Pulangnya aku tak pasti lagi katanya mungkin hari isnin depan. Tak kisahlah dia nak duduk lama, lagi pun dah takde apa lagi yang difikirkan. Anak bungsu pun dah ada orang jaganya. Inilah masanya dia nak travel sana sini di rumah anak-anak. Selagi badan sihat, kaki kuat biarlah dia. Kitaorang pun tak kisah....lagi pun dia travel bukannya kemana rumah anak-anak dia jugak, seminggu rumah anak nie, seminggu rumah anak yang lain pulak. Syukur alhamdulillah anak-anak dan anak menantu semuanya ok-ok belaka. Kalau aku n suami dah ada rumah nanti tak tahulah ibu mertuaku datang ke tak?? maklumlah anak menantu nie bukannya sedap sangat masak...tapi harap-harap lah ibuku dan ibu mertuaku akan dapat jejakkan kaki mereka di rumah kami nanti insyaAllah.

Sepanjang 2 minggu ini jugak hari-hari aku bawa bekal, jimat duit poket. Tak sabar nak tunggu gaji bulan April nie. Dapat banyak, banyak jugak yang nak dikeluarkan nie. Bulan nie aku kena belanja barang baby sebabnya usia kandunganku dah masuk 7 bulan. Aku dah kena prepare barang dari sekarang. Alhamdulillah rezeki baby, mama n papa dapat gaji lebih bulan nie so, dapatlah mama n papa belanja barang baby. Macam-macam barang belegar di fikiran **@@@$***####@#$$?????? apa yang nak dibeli. xcited mama. Hehehehe.....

Gambar dari google

 

silalah comment post ini...

No comments: