Friday, April 6, 2012

Tukar Tarikh Pulak!!!

Aku dah tak sabar nak tunggu 10 April 2012 untuk buat check up dengan doktor sebabnya bila buat check up dengan doktor, doktor pasti scan perut aku kn. Dapatlah tahu perkembangan baby aku. Tapi.....apa kan daya tarikh berubah pulak kepada 17 April 2012. Perkara ini terjadi kerana aku belum minum air gula buat kali ke-2. Pada 4 April 2012 yang lepas aku bawak mak aku pergi klinik so, aku tanya sekali adakah 10 April 2012 nanti aku just jumpa doktor sahaja, ada tak kena minum air gula ke apa ke...kalau kena minum air gula aku kena puasa, sebab tue aku tanya. Tapi, tiba-tiba nes tue kata laaa....belum minum air gula ea....kalau macam tue 18 April 2012 nanti minum air gulalah. Tarikh tue pulak aku takut aku kena pergi kursus so, aku cadangkan boleh tak kalau saya g klinik Bandar Mas?. Nes tue pun telefonlah klinik Bandar Mas tanya hari ibu minum air gula....alhamdulillah 9 April nie aku kena pergi klinik Bandar Mas minum air gula dan buat check up biasa dan seterusnya pada 17 April nanti baru check up dengan doktor sini pulak.

9 April nanti adalah kali pertama aku buat check up di klinik Bandar Mas. Kalau boleh memang aku nak elak dari check up kat situ sebabnya ramai sangat...kalau kat penawar nie orang tak berapa ramai. Tapi apa boleh buat tak nak dilambat-lambatkan kenalah tagak jugak. Ya Allah mintak-mintak baby ku sentiasa dalam keadaan yang sihat dan normal serta diriku juga tiada masalah. Aminnn...




silalah comment post ini...

No comments: