Tuesday, February 21, 2012

Selesema Lah Pulak

Herrrmmm.....esok dah nak outstation malam nie boleh pulak selesema. Alamatnya esok sebelum pergi kenalah jumpa encik doktor dulu. Buatnya melarat nanti susah pulak. Aku nie dah lah tak boleh makan ubat sesuka suki je..bahaya untuk baby nanti.

Encik suami pun outstation jugak hari rabu baru balik, itu pun tak dapat jumpa sebab dia sampai maybe malam dan aku pulak petang dah gerak ke Kuala Lumpur. Apa boleh buat ...telefon sajelah. Dengar suara pun ok, hilang jgak rasa rindu nie...ha ceh!

Lah...dah lari tajuk nie. hehehe...biasalah syok sangat menaip. Aku ada jugak baca kat forum dalam tentang penyakit nie, kebanyakan semuanya menyarankan pergi jumpa doktor. So, aku pun memang dah buat keputusan nak jumpa doktor sebab aku nak jalan jauh, bahaya untuk diri aku jika dibiarkan sahaja. Tak pasal pasal menyusahkan orang lain bawak aku pergi klinik pulak nanti. Dah orang ingat satu bus nak pergi klinik tapi sebenarnya seorang je. Ish! ish! jauhkan lah. Ya Allah mohon kepadamu engkau sembuhkan lah penyakit selesema hamba ini Ya Allah dan dapatlah ia menjalankan tugasnya dengan tubuh badan yang sihat, amin..

Terima kasih kepada yang membaca entry aku nie dan mendoakan kesihatan aku. Semoga Allah jua memberi kesihatan yang baik buat kalian. Amin.


silalah comment post ini...

No comments: