Tuesday, February 21, 2012

Belajar Benda Yang Baru

Salam semua...sapa yang baca blog aku nie pasti terkata dalam hati "macam macam rupa blog budak nie kan" hehehe....sebenarnya aku nie suka suki dan cuba cubi je. Itu lah yang jadi macam tue.

Semalam benda baru aku baru belajar dari amalsukacantik  dan hasilnya gambar di atas blog aku tue lah...amacam cantik tak aku lukis??? cantik kan..kan..hahahaha...haaa...kalau korang nak tahu macam mana korang boleh lah baca di entry blog dia atau carilah di google ok. Aku nak ajar pun, kurang mahir lagi...so tanyalah yang lebih arif dan pakar.

Sebelum (dalam excel)


Selepas dan dicopy jadi imej
Tak sangka pulak menggunakan excel pun boleh dan lebih mudah. Masa mula mula buat tue kitaorang tak tahu lagi macam mana nak simpan jadi imej, puas godey sana sini akhirnya jumpa. Kalau tak, hanya boleh simpan dalam bentuk excel sahaja. Ini adalah hasil pertamaku. Kalau diikutkan aku nak up grade lagi gambar nie tapi oleh kerana tak sabar nak tunjuk jugak kat korang....hehehe...

Aku rasa dah ramai yang tahu lagi lagi orang yang memang berminat benda nie. Aku nie je yang terlewat sikit. hehehe...so, bagi yang terlewat banyak dari aku boleh lah cuba cubi ye. Seronok tau! lagi lagi kalau dapat lukis wajah sendiri...errmm....bangga rasanya.

SELAMAT MENCUBA!!!


silalah comment post ini...

No comments: