Tinggal beberapa hari sahaja rumah air tawar 5 akan menjadi riuh rendah dengan suara saudara mara dan jiran tetangga untuk bersama sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis walimatul urus adik bungsu cik suami. Ini adalah yang last lepas nie tak tahu lagi kalau ada cucu nak buat kat umah nenek, ada lah..kalau tak, takde lah..
Pada tahun yang sama emak mertua aku dapat 2 orang cucu dan seorang menantu lelaki. Alhamdulillah...syukur kepada Allah.Pejam celik pejam celik dah dekat rupanya tarikh yang ditunggu tunggu. Pengantin jangan dok di katalah, pasti debaran jantung semakin laju,lagi lagi pengantin lelaki. Mana tidaknya bila pak imam hayun je tangannya maka sipengantin lelaki perlulah melafazkan akad terima nikahnya.... Aku rasa tak boleh tido malam dibuatnya asyik menghafal dialog akad nikah..hahahaha...lagi lagi nama pengantin perempuan, salah sebut nanti dah susah. Nasib baik nama adik bungsu tak susah manapun....
Kad jemputan dah pun diedar...persiapan rumah pun boleh dikatakan dah beres, tinggal barang barang basah shja yang belum dibeli. Terima kasihlah kepada hamba Allah yang telah menyumbang pelbagai barang untuk menyempurnakan lagi majlis. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.
Menantu bungsu nie umurnya kalau tak silap aku sebaya usia suami aku. Maybe mereka akan tinggal di AT5...baguslah ada teman emak mertua aku. Aku pulak mungkin akan still berselang seli lagi kot....maklumlah suami aku tue kan satu satunya anak lelaki tunggal dan mana boleh berjauhan dengan emaknya..hehehe.... Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mendapat suami seperti dia.
Semoga majlis walimatul urus adik bungsu pada 3 Mac 2012 berjalan dengan lancar, teratur dan sempurna sehingga selesai majlis..amin..
Akak doakan semoga rumah tangga adik bungsu kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNYA amin....
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment