Sunday, February 26, 2012

Nasi Arab

Salam kawan2...haaa....kalinie aku nak kongsi ngan korang tentang makan nasi arab. Ini adlah kali pertama aku makan nasi arab nie. Hari Khamis lepas (23 Feb 2012) aku hadir mesyuarat audit di Putrajaya. So, kawan2 yang sama pergi tue pun membuka cite tentang nasi arab nie. Diaorang kata sedap.....aku pun apa lagi cakap lah "tue kena p makan nanti sebab dah cite" maklumlah aku nie kan tengah mengandung. Driver kami pun bawalah kami ke restaurant yang dimaksudkan itu pada keesokkanya.

Errrrmmmm......bila tengok je memang dah nampak sedap. Korang nak tengok tak nasinya macam mana? jom kita lihat gambar di bawah ye.

Nie lauknya kambing..
dan 

Nie lauknya ayam..




Ha...apa macam? ingin mencuba ka? menu nie yang biasa2 je tau, banyak lagi menunya nak sebut pun tak reti ala2 arab gitue..hehehe...satu pinggan tue dah cukup banyak bagi aku tapi kalau orang kuat makan mungkin tambah nasi lagi..manu nie makannya dengan sambal bawang (yang dalam mangkuk kecil). Harganya korang nak tahu berapa? tengok kat dalam bil di bawah nie..


nampak tak harganya? harga nasi tue RM17.00 satu pinggan untuk untuk kambing dan RM12.00 untuk lauk ayam. Tapi kan korang...dagingnya cukup lembut dan empuk. Terutamanya kambing tak liat pun. Memang sedap.

Restaurant nie terletak di Cyberjaya. Tapi kalau akulah mungkin nielah kali pertama dan terakhir kot makan kat situ, lain lah kalau ada orang yang sudi belanja aku makan lagi. hahahaha...



Nielah tempatnya. Kalau orang duduk putrajaya mesti tahu kn..cara bayarannya memang lain dari lain. pihak restaurant akan beri kad untuk buat bayaran. Kadnya berupa begini..






Ok lh ye korang, nie je yang aku nak kongsi ngan korang tentang restaurant nasi arab. Setidak2nya aku dah merasa dan pergi walaupun sekali. So, bagi yang berminat dengan menu seperti ini jangan lepaskan peluang pergilah restaurant itu ye dan pastikan bajet anda melebihi daripada anda makan di restaurant biasa.

No comments: