Tuesday, February 21, 2012

Hasil kedua...

Hasil kedua....

Kali nie cuba lukis 2 wajah pulak. Gambar nie agak susah sikit sebab wajah lelaki pakai cermin mata dan mencari tona warna wajah dan bibirnya yang sesuai sukar. Maklumlah wajah lelaki. Aku rasa korang pun tahu kan...letak warna gelap, gelap sangat, kononnya nak cari warna ala ala nampak real gitu...

Walau pun ini sekadar lukisan tetapi sedikit sebanyak ada persamaan dengan wajah yang asal cuba ia versi cartoon sahaja. Kalau tak caya cuba anda lihat lukisan di bawah ini...


Gambar Asal


Gambar Cartoon yang diubah

Macam mana, seiras tak? Gambar cartoon aku ada ubah sikit daripada gambar yang asal. Tapi wajahnya tetap nampak sama kn!. Nak lukis betul betul serupa tue aku belum sampai tahap tue lagi...nak lembut tangan makan masa sikit. Benda nie pada aku kalau nak mahir kena selalu atau hari hari cuba cubi lukis. Aku guarantee lah bukan sahaja mahir bahkan boleh buat bussines pulak.

Dengan adanya ilmu dan kemahiran insyaAllah seorang insan itu boleh berjaya walau pun dia tiada segulung sijil ijazah atau master. Dengan adanya sijil kemahiran dia pun boleh jadi orang kaya terhormat dengan syarat kenalah usaha lebih dan gigih.

silalah comment post ini...

No comments: