Kecewa nie banyak. Kecewa kne marah, kecewa kne ditinggalkan, kecewa tak berjaya dan banyak lagi lh... Setiap manusia akan melalui dan merasai perasaan kecewa dalam hidupnya. Mustahil tak pernah rase kecewa. Selain kecewa adalah hampa. Kekadang apa yang kita inginkan tak kesampaian kita akan rase kecewa dan hampa...
Bila perasaan kecewa dan hampa dah ada dalam hati, apa yang akan kita lakukan tidak akan kemas dan teratur. Kita akan rase lemah, malas, boring, dalan macam macam lagi lh. kecewa nie jugak boleh membuatkan seseorang itu menjadi pendiam, pendendam, pemarah dan beremosi.
Sebab itu kita hidup nie jangan terlalu berharap sangat apa yang kita ingini. Kita manusia biasa hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala galanya. Kita jugak jangan terlalu memberi harapan yang tinggi 100%, takut hasilnya mendukacitakan. Contohnya kecewa dalam percintaan. Ish! ish! ish! macam macam manusia boleh lakukan. Mana yang pilih ke jalan yang baik tak pe lh tapi, mana yang pilih jalan singkat? apa akan terjadi?. Korang pikirlh sendiri ye...
Kadang kadang kecewa dengan kawan karib kita sendiri pun ada. Depan kita baik tapi belakang kita, dia mengumpat, menghina kita. Kita tak tahu isi hati orang. Kalau kita boleh baca isi hati orang atau dengar apa isi hati orang senang kat situ jugak kita sound dia betul tak?. Masalahnya kita nie hanya manusia biasa kecuali Allah memberi anugerah tue. Tapi ingat jangan disalah guna pulak!.
Bila fikir fikir secara mendalam, dan berserah kepada Allah S.W.T, mungkin ada hikmahnya dan bukan rezeki kita. Itu sahaja lh yang boleh membuatkan seseorang itu tenang. Sama lh macam entry aku sebelum nie "Janji tinggal janji". So, bila susah ke senang ke, kembalilah dan mohonlh kepadaNya, hanya Allah sahaja yang dapat menolong hambanya dalam kesusuhan dan kesempitan...
No comments:
Post a Comment