Thursday, October 4, 2012

5s!!!!!!!!!!!!

5s tengah hangat di opis aku sekarang ni......semalam hari terakhir menyiapkan 5s. Aku sampaikan balik lewat kol 7 mlm sebab siapkan 5s untuk unit aku. Hari ni adalah hari pemeriksaannya untuk dapatkan sijil 5s. Hasil semakan dibuat bahagian aku dapat 4 bintang dan aku dengar jabatan aku cemerlang, maknanya dapat lh sijil 5s. Tahniah lh kepada semua warga kerja kerana bertungkus-lumus menyiapkan 5s.

Harap2 lepas 5s ni persekitaran akan kekal bukan seperti dulu tonggang-langgang tak tersusun dan teratur. Tapi kn ada terkilan jugak lh juri tu tak tengok pun di unit kitaorg. Argh!!!!! tak kisah lh yang penting tempat kami dah tersusun sekarang.

Penangan 5s ini jugak membuatkan seluruh badan dan mataku letih, lesu dan pening kepala sehingga sekarang. Makan panadol pun tak jalan jugak. Agaknya tak cukup rehat kot. Malam ni nak tido awal lh dan harap2 anak aku pun sama ikut tido. Mama letih sangat lh sayang, sayang tidor ye dengan nyenyak.

Esok dah free bebas dari kesibukan 5s. buat kerja macam biasa dengan selesa. Selamat bekerja kawan2ku dengan hati yang tenang.

silalah comment post ini...

Kemaruk Adam dan Hawa

Assalamualaikum bersua kembali.....

Sekarang ni banyak drama dan filem dri versi novel. Yang tengah hangat sekarang drama Adam dan Hawa. Ermmm..........pada mulanya aku tak terjebak langsung sbb canel mustika HD takde so, tak tahu lh tentang cite tu. Tapi adik ipar aku lh yang tengah kemaruk cite adam dan hawa. Sampaikan dalam fb pun hangat bercerita tentang yang sama.

Oleh kerana katanya best sangat cite tu aku pun cuba lh tengok dalam internet dari episod 1 hingga terkini. Bila ikuti setiap episod rupa2nya memang best giler dan sekarang aku dah kemaruk dengan cite adam dan hawa dan tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya.

Aku bukak blog ezany-kun.com, pelbagai comment dari peminat setia drama adam dan hawa. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada yang kemaruk cite tu sehinggakan sanggup tinggal cite korea.

Walaupun heroinnya tak secantik Era Fazira tp ada manisnya, lakonannya memang berkesan sehingga menyentuh hati para penonton. Wajah tak penting yang penting lakonannya um! wajah cantik pun belum tentu dia boleh membawa watak hawa dengan terbaik...tahniah lh nadia!! aku rasa dia memang layak memegang watak hawa tu. Watak adam pun memang sesuai dengan aaron.

Episod sekarang ni mereka tengah mengerjakan umrah, memang tak sabar lh nak tengok mereka berjumpa dan hidup bersama selamanya. Macam semalam, badan aku memang letih giler sebab sebok siapkan 5s kat opis tapi tetap gagahkan diri tengok adam dan hawa. hihihihihihihihi..........penangan adam dan hawa.

Ok lh bye bersua di entry lain pulak ye.....

silalah comment post ini...

Thursday, September 27, 2012

Kembali Kerja

Salam semua...walaupun dah lewat empat hari tapi aku nak update jugak entry aku ni. hehehe....suka hati aku lh aku punya blog nak update bila! betul tak?. ops! terlebih sudah....hihihihihi....

Hari Isnin lepas 24 September 2012, hari pertama aku memulakan tugas semula selepas 3 bulan cuti bersalin. Ermm.....memang best cuti lama jadi suri rumah jaga anak. Satu hari dapat hadap anak, tengok kletah dia, tidor sebelah dia dan main dengan dia. Bila cuti dah nak habis terasa cepat pulak. Malas je nak pergi kerja.....hihihihi.

Dah start kerja ni, hanya jumpa anak belah petang lepas kerja je, tengahari masa tak cukup nak luangkan masa dengannya terkejar-kejar. Balik je dari kerja terus ambil dia, melepaskan rindu. Rindu gilers lh. So, sekarang apa yang kawan2 aku alami, aku pun alaminya dan aku pun sudah faham perasaan mereka.

Sekarang anak aku cakapnya belum jelas lagi. Kalau dah lancar bercakap agaknya hari2 aku nangis tinggalkan dia. Ermm....tunggu jelh masanya nanti. Apa akan terjadi. Aku harap anak aku tak kisah tinggal dengan sapa so, hati aku jadi senang bila tinggalkan dia bila aku kerja.

Percakapannya kadang2 terkeluar perkataan mak bila merengek. Sukanye dengar bila dia nak berbual dengan kita. Walaupun hanya brurrr...Memang kehadiran anak menjadi pelengkap rumahtangga dan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa di dunia ini.Kehidupan sebelum dan selepas ada anak berbeza.

Ini lah anak aku Ahmad Khalis. Comel Tak, comel kn!


Usianya sekarang 3 bulan, beratnya 6.83kg dan tinggi 62cm. Inilah anak kesayangan aku dan suami.
silalah comment post ini...

Saturday, September 15, 2012

majlis hari raya

Salam kawan2.....lama menyepi kini kembali lagi.....
Dah hujung2 raya ni masih ada lagi buat majlis raya. Malam tadi rumah bos aku, ermmm.......macam2 menu ada. Sebelum marhaban aku dah bedal dulu makan sebab nak tunggu marhaban lambat pukul 9 baru mula, nasib baik tuan rumah bagi makan. Bukannya apa bila cepat makan cepatlah baliknya, ye tak?. Menunya ialah soto, mee hoon goreng, roti jala dan satey. Ermm......rasanya ok tapi perut je tak leh terima makanan banyak2. Kalau tak kesian orang lain tak dapat merasa. hehehehehehe............

Masa hari rabu lepas bahagian PPSM tempat aku kerja buat. Ha! menunya lain daripada yang lain iaitu nasi lemak ayam, sup kambing, nasi impit, rendang dan mee hoon goreng. Selain tu diaorang ada bagi hadiah cabutan bertuah, ha....kali ni rezeki Khalis agaknya aku dapat kipas. Aku tak pastilah sama ada hadiah tu memang tuah aku atau dirancang. Tapi tak kisahlah asalkan aku yang dapat dan yang lain dapat tapawer, pinggan, set periuk dan hamper. hihihihihihihihi.....

Kedua2 majlis anak aku tak meragam. Anak mama ni memang anak yang baik. Mama harap sampai ketua anak mama sentiasa menyenangkan mama n papa tak merisaukan kami ye sayang!

silalah comment post ini...

Friday, August 31, 2012

Kemerdekaan ke55

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke55 buat rakyat Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman damai tiada berlaku rusuhan dan perbalahan antara satu sama lain. Bukan sahaja negara maju tapi rakyat juga perlu maju dan berfikiran lebih rasional serta matang. Kekalkanlah kemerdekaan negara kita ini buat selama2nya. Mempertahankanlah apa yang telah tokoh2 kita sebelum ini perjuangkan negara kita terutama orang melayu. Kekalkanlah hak asasi orang melayu dalam negara kita. Kalau bukan orng melayu mempertahan hak orang melayu sapa lagi? pikir2kan lah wahai rakyat malaysia yang berbangsa melayu.
Aku bersyukur dan berbangga jadi rakyat malaysia. Negara Malaysia adalah satu2nya negara yang mempunyai pelbagai kaum. Maka sama2lah kita bekerjasama memajukan negara malaysia dan mengekalkan keamanan negara kita.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

silalah comment post ini...