Salam kawan2.....lama menyepi kini kembali lagi.....
Dah hujung2 raya ni masih ada lagi buat majlis raya. Malam tadi rumah bos aku, ermmm.......macam2 menu ada. Sebelum marhaban aku dah bedal dulu makan sebab nak tunggu marhaban lambat pukul 9 baru mula, nasib baik tuan rumah bagi makan. Bukannya apa bila cepat makan cepatlah baliknya, ye tak?. Menunya ialah soto, mee hoon goreng, roti jala dan satey. Ermm......rasanya ok tapi perut je tak leh terima makanan banyak2. Kalau tak kesian orang lain tak dapat merasa. hehehehehehe............
Masa hari rabu lepas bahagian PPSM tempat aku kerja buat. Ha! menunya lain daripada yang lain iaitu nasi lemak ayam, sup kambing, nasi impit, rendang dan mee hoon goreng. Selain tu diaorang ada bagi hadiah cabutan bertuah, ha....kali ni rezeki Khalis agaknya aku dapat kipas. Aku tak pastilah sama ada hadiah tu memang tuah aku atau dirancang. Tapi tak kisahlah asalkan aku yang dapat dan yang lain dapat tapawer, pinggan, set periuk dan hamper. hihihihihihihihi.....
Kedua2 majlis anak aku tak meragam. Anak mama ni memang anak yang baik. Mama harap sampai ketua anak mama sentiasa menyenangkan mama n papa tak merisaukan kami ye sayang!
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment