Thursday, October 4, 2012

5s!!!!!!!!!!!!

5s tengah hangat di opis aku sekarang ni......semalam hari terakhir menyiapkan 5s. Aku sampaikan balik lewat kol 7 mlm sebab siapkan 5s untuk unit aku. Hari ni adalah hari pemeriksaannya untuk dapatkan sijil 5s. Hasil semakan dibuat bahagian aku dapat 4 bintang dan aku dengar jabatan aku cemerlang, maknanya dapat lh sijil 5s. Tahniah lh kepada semua warga kerja kerana bertungkus-lumus menyiapkan 5s.

Harap2 lepas 5s ni persekitaran akan kekal bukan seperti dulu tonggang-langgang tak tersusun dan teratur. Tapi kn ada terkilan jugak lh juri tu tak tengok pun di unit kitaorg. Argh!!!!! tak kisah lh yang penting tempat kami dah tersusun sekarang.

Penangan 5s ini jugak membuatkan seluruh badan dan mataku letih, lesu dan pening kepala sehingga sekarang. Makan panadol pun tak jalan jugak. Agaknya tak cukup rehat kot. Malam ni nak tido awal lh dan harap2 anak aku pun sama ikut tido. Mama letih sangat lh sayang, sayang tidor ye dengan nyenyak.

Esok dah free bebas dari kesibukan 5s. buat kerja macam biasa dengan selesa. Selamat bekerja kawan2ku dengan hati yang tenang.

silalah comment post ini...

No comments: