Friday, June 24, 2011

Tudung

Sekarang dah tak heran pakai tudung macam amah pakai...tapi lebih cantiklh daripada tudung amah. Fasion dan style orang Malaysia lagi hebat. Masa mula-mula keluar tudung jenis macam amah pakai nie takde ramai pun yang berminat yelh kn kalau dh orang kata macam amah je.. Ha sekarang wow! macam-macam fasion terkini. Artis-artis pun pakai.

Dulu aku pun tak nak pakai tapi sekarang jadi pilihan sebab lebih ringkas, pantas, cantik dan smart. Aku rasa korang pun tahu kn tudung jenis apa yang aku maksudkan....korang pun dah pakai sekarang dan tudung jenis nie jadi pilihan korang. Betul Tak?. Sekarang lagi lh jenis selendang pulak. macam-macam jenis selendang dan macam-macam fasion dan style aku nampak orang pakai.

Aku pun apa lagi nak mencuba jugak. So, beli lh tudung dan selendang yang voks jugak. Nak jugak nampak cantik macam artis pakai tue. Benda yang baru dan bagus apa salahnya mencuba betul tak?. Nie pun salah satu pembaharuan untuk diri sendiri agar menajdi lebih berkeyakinan dengan penampilan yang baru. Suami pandang pun tak berkelip mata..hehehe...nak lepaskan isteri pergi kerja pun takut sebab isteri cantik sangat...hahaha..... Sapa kata wanita bertudung tidak menonjol dan boleh nampak voks daripada yang tidak bertudung?. Orang lelaki muslim lebih suka pandang wanita yang bertudung, ini kerana bertudung adalah salah satu sifat yang menunjukkan keperibadian seseorang....tapi jangan sangka jugak orang yang bertudung nie semuanya baik akhlaknya.. Bukan aku nak kutuk sama jenis aku tapi inilah hakikat yang sebenarnya terjadi masa sekarang. So, orang lelaki kene lh pandai memilih dan membuat kajian latar belakang seseorang wanita itu terlebih dahulu.


Ops! terlebih sudah...aku tak nak komen panjang-panjang pasai nie, ianya sensitif. So, kita berbalik semula pasai tudung tadi ye, tudung zaman sekarang macam-macam jenis. Ini bermakna Desingner di negara kita nie memang berbakat dan hebat. Kalau dulu tukang jahit hanya pandai buat tudung yang biasa-biasa je, sekarang, ditambah pula dengan labuci lh, tampal sana tampal sini akhirnya jadi tudung yang cantik dan disangka. Cukup kreatif desingner negara kita kn. Di sini ada beberapa jenis tudung aku nak kongsi ngan korang jom layannn...

 

 

 

 
 



 

 
 

 

 

 

  

2 comments:

Cik Senyum said...

Cantik tudung Cik Reena hari ni :)

Anonymous said...

terima kasin cik senyum...