Pagi tadi aku pergi ke Poliklinik cuba-cuba nak periksa mana tau ada masalah ke tak de. Tapi mendukacitakan sebab Dr. tak dapat nak periksa. So, dia hanya bagi vitamin sahaja. Sebelum nie ada jugak kawan aku cakap cuba lh ko makan vitamin tue mana tau ada rezeki...haaa...itu lh aku pergi cek tadi dan aku mintak pil upha folic.
Mana tau kn aku makan pil vitamin nie usaha aku n suami berjaya dan aku dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat suami aku dan keluarga aku. Tapi aku tak xcited sangat, takut tak menjadi pulak. Aku hanya berserah kepada yang Esa..
Dr. pun cakap jugak aku masih baru lg...tapi bagi aku masih baru lh perlu periksa bila dah lama nanti bila cek ada masalah kn susah. Perasaan aku nie kesian ada, takut ada, macam-macam lh...yelh kn kemungkinan-kemungkinan yang tak pasti tue yang takut. Harap-harap semuanya ok. Aku dapat rasakn yang suami aku memang menunggu saat-saat aku mengandung walau pun dia tak berkata. Body languagenya telah menerangkan segala-galanya pada aku.
InsyaAllah ye Bee dengan keizinanNya kita akan dapat jugak anak. Sama-sama lh kita berdoa dan berusaha. Allah suka hambaNya nakkan sesuatu dengan berusaha bukannya hanya berserah dan tawakal sahaja.
Nak test pragnent pun aku tak berani lagi. Aku kne tunggu sama ada aku period ke tidak bulan nie, kalau tak baru aku boleh cek...Ini lh dia luahan hati seorang isteri yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat suaminya tercinta dan cuba untuk dapatkan anak sebagai pengikat kasih sayang buat suami isteri. Nak luah kat mak dan mak mertua malu...takut memberi harapan pada yang belum pasti. So jalan penyelesaian di Blog lah aku luahkn...semoga korang sudi menjadi pembaca yang setia dan teman...
No comments:
Post a Comment