Monday, June 27, 2011

Tunai hasrat Ibu

SABTU, 25 Jun 2011 adalah tarikh aku menunaikan hasrat ibuku untuk lalu jalan Highway Desaru. Masa-masa baru buka bukannya aku taknak bawa dia tapi masa yang tidak mengizinkan. So, sabtu 25 Jun 2011 aku bawa mak aku pergi Masai rumah abang aku di Cahaya Masai tengok cucunya yang comel tue...Akhirnya dapat jugak aku menunaikan hasratnya.


 

 


Bukannya apa, aku takut hati seorang ibu terguris jika keinginannya diabaikan. Orang tua nie hatinya sensitif, mudah terasa dan cepat tersinggung. Kadang-kadang aku berfikir semula jika aku buat ibu begitu tidak mustahil nanti bila aku ada anak, anak aku pula yang akan buat aku. Sekarang nie Allah balas di dunia je...Walaupun ibuku bukan lagi di bawah tanggungjawab aku sepenuhnya tapi dia lh yang telah mengandungkan dan melahirkan aku di dunia. Aku sebagai anak perlu lh tahu tanggungjawab aku. Aku malas nak bising-bising tentang adik-beradik aku yang lain, masing-masing dah besar panjang, dah berumahtangga so, tahu tanggungjawab masing-masing terutamanya anak lelaki terhadap ibunya sendiri.

Suami aku adalah anak lelaki tunggal daripada 7 adik-beradiknya. So, aku kne faham tanggungjawab suamiku terhadap ibunya dan ibuku. Jika aku melukai hati ibu mertuaku maka berdosa besarlh aku...So, knelh beringat bila si perempuan telah berkahwin. Syurgamu di bawah tapak kaki suami bukan lagi di bawah kaki ibu. Tapi bukannya mudah kita menghadapinya di dunia ini, pelbagai dugaan dihadapi. Bila-bila lagi kita adalah anak yang selalu diharapkan. Kadang-kadang si suami dan si isteri nie tersepit dengan dua orang ibu. Kedua-dua ibu perlu dijaga hati dan perasaannya, hasrat kedua-duanya kalau boleh hendak ditunaikan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya..

Syukur alhamdulillah, Ahad 26 Jun 2011 kedua-dua ibu, aku dan suamiku bawa mereka ke Johor Bahru lalui Highway Desaru. Bukan sahaja dapat lalu jalan baru, bawa pergi NAGOYA lagi agar kedua-dua ibu tercapai keinginan mereka. Ibu-ibuku semoga kalian berasa puas dengan perjalanan kita semalam. Insyaallah dengan keizinanNya kita dapat keluar berjalan-jalan lagi bersama-sama..

No comments: