Selepas pemergian ayahanda mertua pergi, tinggal lh kami 4 beranak di rumah. Bila malam menjelma terasa begitu sunyi sepi di rumah. Tiada lagi riuhan rasa marah dan gurau senda bersama ayahanda tercinta. Setiap malam akan dibacakan surah yasin untuk disedekahkan kepada ayahanda mertua dan ayahanda aku. Sekarang aku sudah kehilangan kedua kedua ayahanda. Ayahanda mertua hanya 4 bulan 22 hari sahaja aku dapat bersama dan menjaganya. Mungkin sudah suratan buat aku.
Buat masa nie ibu mertua aku masih belum boleh ditanggal sorang sorang di rumah. Dia pun masih terasa takut bila tinggal sorang dirumah. Setiap kali aku telefonnya untuk memaklumkan yang aku akan pulang lewat, pasti dia akan cakap 'jangan balik lambat sangat mak takut tinggal sorang'. Kekadang aku masih ada lagi kerja perlu dibereskan, tapi terkenangkan ibu mertua aku, aku akan tangguhkan niat aku tu, kje itu akan aku bawa balik ke rumah.
Tanggungjawab aku lebih pada ibu mertua ku daripada tanggungjawab aku pada ibu ku sendiri. Dosa besar sekiranya aku mengabaikan ibu mertua aku. Syurga aku di bawah tapak kaki suami aku bukan di bawah tapak kaki ibu ku lagi... Ini lah dia pengorbanan seorang isteri yang perlu di tempuhi dan di lalui. InsayaAllah Tuhan akan membantu dan memberi kekuatan agar Khazareena binti Mohamed Salleh menjadi isteri yang solehah hendaknya. Amin...
Terima kasih kepada kengkawan semua yang membaca entry aku nie secara tak langsung korang telah mendoakan untuk aku. semoga kalian jugak akan dirahmati oleh Allah S.W.T hendaknya. Amin...
No comments:
Post a Comment