Tuesday, April 26, 2011

Duit

Assalammuaikum,
Hi!,

Duit di mana engkau?. bagaimana aku nak dapat duit? Aku nak jadi kaya!
Pada masa nie lah syaitan bermaharajalela menguasai manusia untuk melakukan kejahatan demi untuk dapatkan duit. DUIT! AKU KAYA! AKU KAYA! kah kah kah kah.....akhirnya syaitan berjaya menyesatkan manusia....

Kerana duit ini jugak manusia akan melakukan kurafat sama ada mereka sedar atau pun tak sedar. Pengaruh DUIT terlalu besar. "Segala galanya memerlukan duit di duna ini" tiada duit tidak dapat makan, tiada tempat tinggal, tiada pakaian. Sedangkan masuk tandas kene bayar RM0.30, RM2 pun ada tau di KLCC. Kerana duit ini jugak adik beradik boleh bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain, buang sedara dan sebagainya. MasyaAllah begitu besar pengaruh duit nie kan...

Duit gaji tak cukup, terpaksa cari kerja tambahan untuk menyara keluarga. Kerja siang dan malam tanpa menghiraukan kesihatan demi anak bini dapat makan dan pakai serta hidup selesa seperti keluarga lain. Begitu besar cabaran hidup dunia nie.... nak jadi kaya raya yang mudah dan cepat sebenarnya mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T iaitu dengan cara rasuah, berjudi, melakukan kurafat, membohongi orang lain, mencuri dan pelbagai cara lagi. Tetapi kalau anda perasan hidup mereka yang kaya dalam sekelip mata nie hidup mereka tidak senang, tenang dan damai seperti keluarga yang miskin. Walaupun miskin tetapi mereka sekeluarga hidup dengan aman damai, bahagia, cukup makan, cukup pakai, boleh mendidik anak anak dengan berjaya sehingga masuk universiti dan ada jugak sampai ke luar negara dengan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ini semua adalah kerana duit yang diberikan kepada keluarganya adalah hasil rezeki yang HALAL!.

Untuk mendapatkan rezeki yang HALAL nie memang kene banyak bersabar dan berusaha lebih. Duit tidak datang bergolek dengan sendirinya melainkan manusia itu sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya...  Kene ingat "duit bukan segala galanya tetapi segala galanya memerlukan duit"...

Aku nak kongsi ngan korang ada satu cerita kisah benar. Ada seorang hamba Allah nie dia orang kaya raya. Dia tidak suka orang meminta sedekah dengan dia. Bila ada orang datang rumahnya minta derma pasti dia akan halau orang tersebut. Dia akan berkata "begitu mudah dia nak minta duit aku, dasar pemalas". lebih kurang begitu lah dia kata... Dia juga seorang yang panas baran, puas pak imam dan ahli masjid menasihatinya tetapi, tidak diendahkannya langsung... Satu hari rumahnya dimasuki perompak. Habis semua harta bendanya dicuri. Dia pun mengamuk tak tentu pasal.

Selepas kejadian itu dia sekeluarga berpindah dari kampung itu ke tempat lain. Penduduk kampung itu pun sudah tidak menemuinya lagi sejak kejadian tersebut. Tiba tiba suatu hari ada seorang lelaki yang dulunya memang rapat dengan dia terserempaknya di suatu tempat. Lelaki tersebut terperanjat dengan keadaannya yang dulu seorang saudagar kaya raya kini menjadi seorang peminta sedekah di kaki lima. MasyaAllah kuasa Tuhan. Di dunia juga Allah balas akan apa perbuatannya di dunia nie tanpa menunggu di akhirat kelak....

So, kesimpulannya kita haruslah bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan gunakan ia dengan sebaik baik mungkin. Harta benda yang ada jangan lokek untuk didermakan kepada orang yang benar benar memerlukannya. InsyaAllah rezeki kita akan lebih bertambah sekiranya kita menderma kerana Allah. Zakat juga jangan lupa dibayar. Bila sudah senang jangan cepat lupa diri, sentiasa sujud kepadaNya.

Aku rasa agama lain pun melarang melakukan perkara yang jahat. Cuma cara mereka menyembah Tuhan sahaja yang berlainan dengan cara Islam. Hukuman yang dibuat oleh manusia tidak setanding dengan hukum Allah. Tiada orang boleh melawan dengan hukum Allah melainkan Allah mengampunkan segala dosa dosanya.

Cite nie tiada kaitan yang hidup atau yang mati, aku sekadar untuk mengingatkan diri aku sendiri sahaja kerana cerita nie memberi sempadan kepada aku dan manusia yang lain agar jangan bersikap sedemikian. Akhirnya diri sendiri yang rugi dan merana kerana perbuatan diri sendiri. Renung renungkan.....ambil yang baik buang yang jahat!

No comments: