Friday, April 13, 2012

Konon Nak Diet Tapi Tak Menjadi

Hari nie aku konon-konon nak dietlah..bekal pun bawa goreng pisang je. Tapi rezeki makanan aku melimpah ruah pulak hari ini nak di tolak tak baik bak pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari" betu tak? so, aku terima ajelah.

Jam 10 pagi tadi Kak Emal bagi roti canai bukan sekeping tau tapi dua keping. Kedua-dua keping aku belasah. Lepas tue noni pulak pelawa makan kueh teow dia..ngecek aje habiskan tue tak lah nak senak perut aku dibuatnya dah makan roti canai dan goreng pisang nak lantak kueh teow pulak..hehehe...

Sapa yang dah baca entry aku sebelum nie mataku semakin kuyu tue, inilah dia puncanya makan banyak sangat. Tengah hari tadi pulak aku n the geng pergi rumah bakal pengantin yang akan berlangsung pada 15 April 2012 nie. Oleh kerana kitaorang tak dapat hadir pada majlis dia nanti kitaorang pun plan datang rumah dia hari nie. Kebetulan pulak kitaorang datang lakah kaki kanan.......kitaorang dihidangkan dengan kuih dan makan tengah hari lagi kau! kenyang tak kenyanglah perut kami nie, nak nak aku lah... Orang dah hidangkan so, kenalah makan walau pun dah kenyang nanti kecik pulak hati tuan rumah.

Haaaaaaaaaaaaaa.........................kenyang..........!!!!!!!!!!!!
sampai opis semua menyandar kekenyangan.....

TQ ALLAH diatas pemberian rezeki yang Engkau berikan...

silalah comment post ini...

No comments: