Salam...Rabu lepas 3 Oktober 2012 jam 8.3o pg keluarga suamiku dapat berita gembira dengan kelahiran baby girl. Ini lah cucu kedua emak mertuaku untuk tahun ni. Tinggal lagi seorang bulan Disember ni. Baby girl comel sesangat......geram, baru tengok dalam gambar belum tengok depan mata lagi. kalau korang tengok gambar ni mesti korang pun geram. jom tengok!
Baby girl, beratnya 3.8kg |
Tapi....sekarang dia masih ada jaundis. Semalam check jaundisnya 12.4 daripada 13.5, alhamdulillah turun kalau naik 14 dah kena pergi hospital. hari Jumaat ni check lagi harap-harap turun 10 atau bawah 10, dah tak yah pergi klinik lagi. Kecian kat mamy dia dah lah tak leh renyah sangat. Beratnya sekarang pun turun 3.75kg, semalam nurse AT5 datang rumah timbang. Namanya kalau tak silap Iman An Nur Raisyah. Cik Intan doakan semoga Raisyah menjadi anak yang solehah dan baik ye di dunia dan akhirat. amin...
Baby pertama baby boy iaitu anak aku. Masa baru lahir beratnya 3.43kg. Anak aku pun kena jaundis jugak sampai kena tahan wad sampai 5 hari di hospital daripada baru lahir tapi, dia disahkan jaundis pada hari kedua. Di bawah gambarnya. jom tengok!
Baby sekarang semangat2 geram macam nak gigit je pipi dia orang. baby ketiga je tak tahu lagi, kalau tengok ibunya ada kemungkinan baby pun besar jugak. Tunggu je lh nanti aku post baby ketiga ye. Ok lh setakat nie ye. kita bersua di lain post.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment