Hemmmm.......demam oh demam, bila lh nak baik ni. Kalau setakat aku sorang demam takpe ni anak aku pun demam jugak tapi demamnya dah ok tinggal saki baki batuk je. Cian anak mama! terkukuh kuhkuh tidor malam.
Pergi klinik dah 2 klinik bermakna 2 kali. Mula2 klinik Poliklinik Penawar kat Kota Tinggi dan selasa lepas pergi klinik Idaman Bandar Penawar. Harap2 baiklah makan ubat klinik yang kedua ni. Demam ni jugak aku rasa musim kot sebab ramai yang kena demam sekarang termasuklah ibu mertuaku. Semalam ibu mertuaku baru keluar dari wad. Demam oh demam, keluarlah engkau dari tubuh badanku, anakku dan ibu mertuaku!!!! Ya Allah pulihkanlah penyakit demam kami ni Ya Allah!! hanya kepada Engkau pencipta alam semesta yang dapat memulihkan setiap penyakit yang dihadapi oleh hambaMu.
Di FB pun pelbagai post tentang penyakit yang sama di publishkan tak kira dimana jua berada. Ada yang sampai hilang selera makan dan deria bau. Demam ni melemahkan tubuh badan kita. Satu kerja pun tak leh nak buat tapi, aku gagahkan jugak diri untuk buat kerja rumah biar keluar peluh. 2 Hari lepas (selasa dan rabu) aku MC demam. Sepanjang 2 hari tue tak dapat rehat sangat pun. Kalau rehat, alamatnya baju tak berbasuh dan bersidai lah dan tak makan. Hari Rabu petang baru aku dapat melelapkan mata dalam 1 jam lebih itu pun lepas lipat baju. Kalau tak dilipat, bertimbun lah macam gunung everest. Paham2 aje lh bila dah bertimbun, penyakit M lagi berleluasa. Dah lah orang dalam rumah yang ada aku dan kakak iparku yang baru lepas bersalin. Tak kan nak suruh dia pulak lipat baju, aku membuta, betul tak? aje gilers lh! mampus aku dituduh buli...
Anak aku masa baru2 demam asyik merengek je dia....tidur malam tak lena asyik terjaga. Bila di angkat peluk, baru dia tido. Ala cian masa tu tengok keadaan dia. Badan lemah longlai, dengan selsema dan batuk. Tido siang pun sama merengek. Sekarang tido dah ok cuma sesekali batuk. Kesian kalau tengok baby demam, biarlah kita yang dewasa ni tanggung demamnya. Betul tak wahai ibu2 di luar sana???
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment