Oleh kerana masa kelahiran baby ku yang pertama sudah hampir. Aku pun klik-klik dlam internet nie cari tanda-tanda nak bersalin. Maklumlah baru first time kan...tanda-tanda tue tahu tapi tak tahu macam mana situasinya nanti.
So, disini aku nak kongsi ngan korang tanda-tanda Nak bersalin. Antaranya:
Bayi Turun Ke Bawah
Perut akan merasa ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala baby dah turun ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Masa ini anda akan merasa sakit dibahagian kelengkang kerana bayi menekan. Selain itu, anda juga akan kerap membuang air kecil kerana baby menekan pundi kencing, sakit perut, memulas dan kerap membuang air besar serta kerap kentut.
Keluar Lendir Pekat atau Keluar Darah Bercampur Lendir
Lendir pekat seperti gam akan keluar dari laluan pintu rahim apabila rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula akan keluar apabila pintu rahim mula membuka. Ini boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Maka segera ke hospital.
Sakit Belakang
Anda akan merasa sakit belakang kerana baby beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan rasa sakit belakang, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan) dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehat badan anda. Ulangi lagi. Selain itu, anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda baring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ketuban biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya aku kurang pasti ada kata jernih dan ada kata keruh (kuning + hijau). Tanpa berbau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Bila Perlu Ke Hospital
Segera ke hospital untuk membuat kepastian doktor:
- Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak nak bersalin dalam kereta kan..)
- Keluar air ketuban
- Pergerakan baby menjadi kurang kerap
- Keluar darah dari vagina
- Lain-lain masalah
Semoga aku dapat petunjuk dari Allah tentang tanda-tanda ini lebih awal sebelum berlaku perkara yang tidak dingini berlaku..
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment