Monday, February 6, 2012

Chocolate Cheese Muffin


Gambar hiasan

Bahan-bahan ( 12 muffin )

  • 250g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 60g dark cooking chocolate,disagat
  • 80g cheddar cheese,disagat
  • 150ml susu segar
  • 150ml minyak masak
  • 140g gula kastor
  • 3 biji telur gred B
  • secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Telur,esen vanila,garam disatukan,kemudian pukul ringan hingga rata.
  2. Satukan minyak masak,susu segar,gula kastor dan adunan telur tadi,gaul hingga gula larut.
  3. Ayak tepung gandum,serbuk penaik ke dalam adunan telur,kaup balikkan hingga rata tapi masih kelihatan berketul (jangan terlebih gaul kerana boleh menyebabkan muffin keras).
  4. Sediakan tin muffin yang dialas dengan cawan kertas.Tuangkan 1/2 sudu makan adunan,beri sedikit keju,kemudian tutup lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.Tabur sedikit keju dan coklat di permukaan atas.
  5. Bakar muffin selama 25 minit pada suhu 175'C.
  6. Pesan:Panaskan terlebih dulu oven selama 15 minit pada suhu 175'C sebelum membakar muffin.
banyak lagi resepi anda boleh cari di laman web di bawah ye..


silalah comment post ini...

No comments: