Monday, February 6, 2012

Bosan

BOSANNYEEEEE............hari ini tak ade apa nak dibuat. Nak jalan-jalan duit pulak dah tipis. Apa pun tak boleh. So,duduk rumah jelah. Dalam boring-boring tapi sampai nak senak jugak perut aku dibuatnya asyik makan......je tak berhenti.

Sampai aku berjaya membuat cucur ikan bilis yang rangup lagi sedap. Hahahha....puji masakan sendiri. Sendiri makan memanglah puji....betul tak?.

Errm.....sedapnye....ragup.
Sampai tak cukup sebab tepung dah habis..

 
Suami keluar beli rokok pun nak ikut. Jangan kata aku je yang boring, suami aku pun pandai cakap boringnye hari nie....Nasib baik ada satu cerita di astro warna tajuknya MAT LATAH. Ceritanya boleh tahan kelakarlah..hilanglah sikit rasa boring nie.

Belah petang pulak, kitaorang pun buatlah keje yang berfaedah. Suami aku tambak pasir dan aku basuh kereta. Errrmmm....petang memang masa yang sesuai sebab cuacanya dah redup. Ok lah ye. aku nak teruskan aktiviti kami. Bye!!!!


Oh ye disini ada resipi bagi cucur di atas...

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
  • 5 batang daun bawang
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar- hiris
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga kuning/perang.

 
silalah comment post ini...

No comments: