Hi semua...sihat hari nie? Mudah2an sihat walafiat hendakNya.
Selama 4 hari bercuti, hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. macam entry aku yang sebelum nie sampai aku berjaya buat cucur ikan bilis...Itu bab disiang hari. Bab malam pulak, aku tolong suami aku cat rumah....tapi, aku hanya cat tiang botol je..hehehe...maklumlah ibu mengandung mana boleh buat keje lebih-lebih sangat. Itu pun dah kira lebih sebenarnya sebab belah petang dah penat basuh kereta, malam mengecat pulak. Alhamdulillah baby aku kuat dan sihat tak meragam.
Satu malam siap satu ruang tamu dapur dicat oleh suami aku. Tinggal part dapur je belum lagi sebab banyak barang yang kena dialihkan. Aku pun tak tahulah bila agaknya suami aku tue nak mulakan mengecat semula. Mungkin hujung minggu nie kot.
Bila cite bab mengecat nie, teringat masa aku nak kahwin dulu...aku lah orang yang paling bertungkus-lumus mengecat rumah dan bilik aku. Itu baru cat rumah belum cite bab panjat-memanjat lagi. Ialah kan...xcited nak kahwin...itu yang pastikan rumah dan bilik cantik. Masa rewang pun, aku menyibukkan diri sampai jari aku tercalar sebab basuh udang. Nasib baik pakai inai taklah perasan sangat...Eh! dah terlebih sudah cite masa silam pulak...hehehe...
Kalau aku tak mengandung mungkin aku boleh tolong suami aku mengecat dan memanjat-manjat nie. Bukannya apa, aku nie kalau dah start buat keje kalau boleh aku nak siapkan hari itu jugak. Menggunakan masa yang ada dengan sepenuhnya. Oleh kerana suami aku sorang je yang mengecat so, terpaksalah ambil part-part untuk dicat dan ikut kekuatan badan. Kesian My Bee...sayang tahu Bee boleh melakukannnya...Caiyok! Caiyok! Sayang pasti sebelum bulan Mac nie rumah dah cantik....
No comments:
Post a Comment