Wednesday, February 8, 2012

Rewang Goodies

Bila hari perkahwinan dah semakin hampir, biasalah pelbagai perkara perlu disiapkan. Terutamanya goodies untuk orang ramai. Masa pergi beli barang goodies, nak rambang biji mata dibuatnya sampaikan tak tahu nak pilih yang mana, cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. So, nak tak nak kenalah ikut kemampuan dan bajet....

Tern aku dah lepas, sekarang tern adik ipar aku pulak....herrrmmmm....memang mewah, anak bungsulah katakan. Beruntung orang yang rewang, marhaban dan hadir. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat ibu mertuaku dengan melimpah ruah dan berterusan dengan sedekah yang dia sumbangkan.

Adik iparku nie beruntung, boleh dikatakan banyak ibu mertuaku sponsur. Semalam dari tengah hari hingga petang menghabiskan masa merewang membungkus goodies. Nak sakit pinggang oden dibuatnya. Tapi bab membungkus nie bukan dari semalam mulanya, dari kelmarin lagi dah start tapi buat sikit-sikitlah.

Keje kahwin nie memang seronok......orang yang nak membuat tue macam-macam kena fikir, kena sediakan. kalau boleh majlis berlangsung nanti sempurna dan cukup semuanya takde yang terkurang dan tertinggal. Orang yang paling sibuk ialah ibu. Orang yang paling xcited dah tentulah pengantin betul tak? hehehehe....sebab dah pernah jadi pengantin kan tahulah...

Minggu nie dah relex sikit sebab semua goodies dah satle. Aku pulak dah balik umah ibu aku. Minggu nie tern umah ibu aku pulak. Rindunya rasanya...walaupun baru hari sabtu lepas jumpa dia. Hari ini saya balik ye Emak.. Tunggu kepulangan anakmu ini!..

silalah comment post ini...

No comments: