Monday, August 15, 2011

Pintu Sakaratul Maut

Ermm....korang rasa takut tak baca entry aku nie????? Ini adalah tajuk cite yang aku tengok malam tadi di astro prima. Cite tue mengisahkan balasan orang makan duit anak yatim tak kira sama ada orang itu imam sekalipun. Balasan tetap terima. Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Tiga adik beradik nie di jaga oleh seorang nenek yang sudah uzur. Bila masanya dah tiba nenek itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tetapi sebelum pemergiannya, dia berpesan kepada abang sulung daripada tiga beradik tersebut agar jaga adik-adiknya dan harta pusaka diberi sama rata. Semasa ketiadaan nenek mereka, dua adik beradik masih kecil kecuali abang yang sulung. Maka abang yang sulung lah yang menjaga adik-adiknya dan juga amanah yang diberikan.

Setelah adik-adiknya besar dan dah berumahtangga masing-masing tetapi abang sulungnya masih tak mengagihkan harta yang telah diamanahkan sebaliknya ia menganggap harta hak adik-adiknya adalah sebagai upah untuknya membesarkan adik-adiknya.

Suatu hari, adik-adiknya sangat memerlukan duit. Mereka pun balik kampung untuk berjumpa dengan abang sulungnya untuk meminta pertolongan tetapi, mereka hampa abang sulungnya langsung tak nak tolong mereka dengan alasan duit-duit hasil kebun habis untuk pusingan modal, bayar upah pekerja dan pelbagai alasan lagi.

Abang sulung mereka adalah seorang imam masjid di kampung tersebut. Pada suatu ketika semasa abang sulung mereka sedang mengambil wuduk, tiba-tiba muncul seorang anak muda yang tidak dikenali dan bertanya kepadanya "harta perlu diagihkan kepada siapa yang lebih memerlukan?" dan dia pun menjawab persoalan anak muda itu. Setelah dia menjawab dan dia berpalingkan mukanya tiba-tiba anak muda tadi hilang dari pandangannya..

Bukan  itu sahaja yang abang sulungnya alamai tetapi, dia pernah tersesat jalan untuk pulang, matanya tiba-tiba kabur, kakinya tiba-tiba tak boleh bergerak, semasa di masjid jugak dia ternampak lagi anak muda yang dia jumpa sebelum ini tetapi ahli masjid yang lain tidak dapat melihatnya. Anak-anak dan isterinya sungguh hairan dengan keadaan suaminya. Mereka ada jugak bawa ayah mereka ke hospital tapi pihak hospital mengesahkan ayah mereka sihat 100%.

Anak lelakinya pula asyik menyalahkan pak ngah dan maksunya kerana tak jenguk abang sulungnya di kampung dan bila nak duit baru ingatkan abang sulungnya. Anak lelakinya tidak tahu cite sebenarnya dan ayah serta ibunya juga tak pernah menceritakan kepadanya apa sebab pak ngah dan maksunya bersikap demikian. Anak lelakinya juga mengesyaki pak ngahnya yang membuat ayahnya jadi sedemikian. Akhirnya rahsia terbongkar semasa ayahnya jatuh ketika hendak sembahyang maghrib. Ayahnya dimasukkan ke hospital dan koma. Semasa ayahnya koma, ayahnya telah mengalami keperitan dimana ayahnya tidak dapat naik bukit tanpa pertolongan sesiapa pun. Tanah yang dipijak juga adalah panas ibarat di neraka. Walaupun ketika dia hendak mendaki bukit tersebut adik-adiknya ada di atas tapi mereka tidak memberi pertolongan pun pada abang sulungnya.

Di alam rialiti pula tiba-tiba ayahnya nazak. Ketika nazak, pak ngahnya telah berbisik di teliga ayahnya bahawa mereka menghalalkan kesemuanya dan mengajar abang sulungnya mengucap. Setelah abang sulungnya habis mengikut mengucap dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Manakala di alam koma ayahnya tadi tiba-tiba dia sudah tidak merasa lagi panas dan dia boleh mendaki bukit tersebut dengan mudah walaupun tanpa pertolongan daripada sesiapa pun....

Kesimpulannya, apa yang dialami oleh abang sulungnya adalah balasan yang Allah berikan kepadanya kerana telah makan harta anak yatim iaitu harta adik-adiknya sendiri. Walaupun di dunia banyak membuat amal jariah di kampung tetapi dia tak berbuat pada ahli kelaurganya sendiri. Maka itu lah balasan yang diterimanya.

Oleh yang demikian apa yang aku nak kongsi di sini adalah harta yang ada perlu diutamakan ahli keluarga kita dahulu baru orang di sekeliling kita dan jangan lah sesekali kita memakan harta anak-anak yatim. Sama-sama lah kita jadikankan cite ini sebagai sempadan dalam hidup kita agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang bersikap sedemikian..insyaAllah...

silalah comment post ini...

No comments: