Menu makan malam semalan adalah sup ayam. Semalam mak mertua aku demam, itu yang aku nak buat sup. Orang demam kan tekaknya takde selera...2 hari nie aku lah yang masak. Menu malam kelmarin sambal udang. Wah!!!! aku dah ada kemajuan sekarang...lepas nie aku nak belajar masak lain pulak. Walaupun masakan aku tak sama rase macam masakan emak tapi kalau orang boleh makan, maknanya....lu pikir lh sendiri!!!
Alhamdulillah..sup ayam aku habis. Aku pun memang masak tak banyak. Memandangkan dalam rumah tue hanya 4 beranak so, masak cukup-cukup lah..tak membazir. Lagi pun tradisi di rumah mak mertua aku nie memang masak terus habis. kalau lapar lagi masak lagi...lauk di dalam peti ais pun begitu, cukup-cukup utk beberapa hari je. Sayur pulak satu ikat untuk satu hari. Kadang-kadang sayur yang sikit tue pun tak habis.
Suami tersayang aku pulak kalau bab makanan nie, dia tak suka makan lauk semalam. Sebab tue bila masak tiada baki lauk. Makan terus habis. Nak bawa bekal ke tempat kerja esoknya pun hanya mimpi je...yang boleh dibawa adalah nasi goreng je..huhuhuhu..Maklumlah nak bangun pagi-pagi kan memang liat...kunci jam pun sama jugak...jam berbunyi matikan, bila sedar dh terlambat nak pergi kerja...Suami tersayang aku tue memang sayangggg sangat kat aku,di bawah nie adalah dialog antara aku dan suami aku:
isteri: ermm.....set jam 5.30 pg lh
suami: awal no
isteri: nak buat nasi goreng esok
suami: ylh
Kringgggg......jam lonceng berbunyi...
isteri: bangun nak matikan jam lonceng..dan nak mask nasi goreng..
suami: tak payah lh penat-penat sayang...beli je
isteri: ylh...sambung balik tidur...pukul 6 pg bangun semula terus mandi..
punya lh sayang suami aku pada aku...tak perlu penat-penat buat sarapan pagi...terima kasih Bee kerana memahami isteri mu...
Tapi kadang-kadang aku bangun jugak buat sarapan. kalau aku rasa aku nak bawa bekal aku bangun lh. Lagi pun kalau aku buat sarapan takde orang nak makan, tinggal mak aku sorang je kat umah. Suami aku memang tak sarapan kecuali minum air sahaja. Tiap-tiap pagi air panas mesti ada. Ini kalau hari bekerja, kalau hari cuti pulak sarapan buat jugak kadang-kadang dan terus masak makan tengah hari. kalau tak buat sarapan, beli je kuih ke nasi lemak ke kat kedai..Kebiasaanya hari cuti bangunnya lewat dari hari biasa. kadang-kadang tue bangun terus makan tengah hari. Kebiasaanya kalau bangun sampai tengah hari nie bila badan letih atau memang tak sihat sahaja.
Emak mertua aku tue mungkin memang memahami keadaan kami yang bekerja nie, sebab tue dia tak kejut kami. Sendiri fikir lh!!!!!
Hari ini menu makan malam ikan masak singgang....Sruppppp......sedapnya hirup kuah singgang...dah lama tak makan lauk macam nie...yum..yummm...
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment