Hari ni En.Bee pergi Kuala Pilah. Tinggal aku keseorangan...ermmmm.....rindulh.... En.bee pergi sampai hari Isnin pulak tue lamanya...ingat kat Sayanggg...ye...hehehe... jangan jealouss.........
Walau pun jauh di mata tapi dekat di hati....ini lh sebenarnya entry aku yang aku nak citekan. Aku tahu ramai sebenarnya yang tinggal berjauhan dengan suami di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia lah..tapi di luar negara pun sama jugak. Tapi bagi isteri/suami yang jujur dan setia pasti mereka setuju dengan entry aku nie...korang setuju tak?????? Bila dia ada di hati bermakna dimana pun kita berada orang kesayangan kita tetap dekat ngan kita. Dia lah orang pertama yang akan kita hubungi dan ingat selain ibu bapa kita..
Bila dekat di hati, apa-apa lebih diutamakan untuk dia. Sampaikan membeli-belah dan makan pun ingat orang tersayang...Begitu kuat kuasa kasih sayang nie... Ada kata orang tinggal berjauhan nie lebih mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain? tapi, pada aku sama je...baik tinggal sama-sama mahu pun berjauhan ada baik dan buruknya. Sedangkan tinggal sama boleh bergaduh apatah lagi tinggal jauh. Tinggal jauh nie tekanannye lebih sikit dan dugaannya pun kuat sikit berbanding yang tinggal bersama.
Bila tinggal berjauhan ada banyak perkara yang perlu dilakukan bersama bila bertemu agar kasih sayang tak hilang.....
- kene banyak berhubung antara satu lain.
- Kerap menyambut hari bahagia bersama
- elakkan bergaduh bila berjumpa
- Masak makanan kegemarannya bila dia balik
- beli hadiah istimewa untuknya,
- Say I Love U, I Miss U, dll
Tapi percayalh, kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jujur, setia dan iman. InsyaAllah rumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....So, sama-samalh kita berdoa untuk keluarga sendiri agar rumahtangga yang kita bina ini diredhai Allah dan kekal bahagia hingga akhir hayat..aminn...
No comments:
Post a Comment