Thursday, June 30, 2011

Siap Akhirnya..

yeh..yeh.......akhirnya berjaya disiapkan semua senarai semak untuk exit conference petang nie. Sekarang nie bos n scd. bos tengah bermesyuarat. Aku n the geng hureyyyy....tak masuk sekali dalam mesyuarat tue, kalau tak tentu kne balik lambat. Tq lh bos.

Beberapa hari nie aku ringanlh sikit beban tugas, lepas nie budak lagi seorang dah tamat. begitu aje ler...asyik bertukar orang saje....Alamatnya tak cukup tangan lh aku dibuatnya. Lepas nie aku sibuk ngan mesyuarat Jawatankuasa audit pulak. Huh! kerja tak habis-habis, sampai mati pun tak habis... Bukan mengeluh cuma lepaskan hembus dan angin dalam badan je...nnti kalau banyak sangat angin dalam badan kn susah...tak pasal-pasal kne sakit perut pulak. Sakit perut tak pe, kalau berangin kan susah..habis semua orang kene marah...hehehe....

Tempat unit aku nie tak ramai, cuma 5 orang saje termasuk bos. 1 tahun 5 laporan kene keluar. Nampak memang sikit tapi nak buatnya bukan mudah tau...nak cek sana nak cek sini, pergi sana, pergi sini. Letih badan nie...

Kalau dulu sebelum kahwin boleh lh overtime sampai malam dan sekarang dah kahwin tak leh lh... Pulak tue sekarang duduk rumah mak mertua, kalau balik lambat sikit serba salah dibuatnya tapi dh tugas kn nak buat macamne. Nasib baik En.Bee memahami. Terima kasih En.Bee kerana memahami sayang... Walaupun aku balik lambat, bila aku sampai sahaja rumah terus siapkan makan malam untuk keluarga tau!. Aku masak lauk... yang mak mertua aku dah masak untuk dipanaskan dan tiggal masak sayur je. Hehehehe.....bertuah punya menantu...ok lh tue, mak mertua dh masak mesti kene makan kalau tak, dia mengajuk lagi susah. So, apa yang dimasak makan saje.... Setakat nie aku dan En.Bee tak cerewet, apa yang dimasak, kitaorang makan.

Eh..eh...dah kelain pulak lari tajuk entry yerk?.hehehe...kerja-kerja menyemak semua dah siap, tinggal nak buat report je. Alhamdulillah....

No comments: